Bekas Pensyarah Kata Quran Sedia Ada Bukan Asli
Ya, kalau ini dakwaannya, saya rasa dukacita. Kalau dia seorang pensyarah universiti, biasanya dia terdedah kepada penulisan dan macam-macam perkara. Dia sepatutnya mempunyai pemikiran yang lebih luas, tahu teknik menulis dan berbahasa. Dalam kita berbahasa, kadang-kadang untuk menyampaikan sesuatu maklumat, kita bukan mesti selalu menyatakannya secara langsung. Kadang-kadang, kita mengajar untuk orang bercakap seperti kita. Kita ada cakap-cakap, tapi kita nak beri pada anak kita supaya anak kita boleh ikut cakap kita.
Dalam Quran, ada doa; ada ajaran Allah untuk manusia. Quran itu bukan untuk Allah, tetapi untuk manusia. Quran itu adalah petunjuk (Huda) bagi orang yang bertakwa. Maka, Allah ajar bagaimana kita nak berdoa, bagaimana kita nak memujinya. Sebab itu, ia disebut ajaran. Dalam ajaran itu, Tuhan ajar bagaimana nak puji Dia. Alhamdulillah, itulah cara memuji-Nya. Kadang-kadang datang pula ayat yang menceritakan syurga dan neraka, kadang-kadang amaran, kadang-kadang doa. Bukan Tuhan yang berdoa pada diri-Nya, tetapi Tuhan ajar kita cara berdoa. Ini adalah teknik penulisan, pengetahuan asas dalam teknik penulisan.
Kalau seorang pensyarah begitu gagal untuk memahaminya, saya bimbang kita menghadapi krisis yang teruk dalam kualiti ilmu para pensyarah universiti kita. Kalau begitu asasnya, dia pun gagal untuk fahami. Sebab itu, Quran ini datang berinteraksi dengan manusia. Kadang-kadang, ia membawa kita ke langit, kadang-kadang membawa kita ke bawah, ke dunia. Kadang-kadang ia muncul dalam bentuk doa, kadang-kadang dalam bentuk cerita, kadang-kadang dalam bentuk firman Tuhan dan titah-Nya. Ini adalah pendekatan.
Sebab itu, orang Arab Quraisy yang menentang Quran, para Habib, dan ustaz mereka tidak pernah mengeluh tentang uslub Quran. Bahkan, uslub dan pendekatan bahasa Al-Quran ini telah mengkagumkan mereka sehingga mereka menganggapnya bagaikan sihir kerana ia memukau pemikiran mereka. Bahasa yang digunakan oleh Quran ini begitu menakjubkan sehingga seseorang yang berada di jalanan tiba-tiba memperkatakan soal teknik berbahasa dan sastera—ini amat mendukacitakan.
Berikan hak untuk orang bercakap dalam negara ini
Saya boleh mengajar di universiti. Saya pensyarah di USM, dengan pelajar PhD dan pelajar master di bawah bimbingan saya. Tiba-tiba, apabila saya nak mengajar di sini, mereka kata tak boleh, sedangkan universiti itu juga universiti kerajaan. Bukan hanya belajar biasa; dapat PhD dan master. Tiba-tiba, apa yang boleh dan apa yang tak boleh, tolong ubah cara begini.
Hormati negara yang sedang maju. Berikan hak untuk orang bercakap dalam negara ini. Kalau anda rasa benda itu tak sesuai dengan anda, boleh jawab, kita ada media, kita ada apa-apa. Semua orang boleh menulis dan bercakap. Ini bukan negara kurun batu di mana manusia semua dikunci mulutnya dan hanya boleh mendengar daripada saya. Jangan dengar daripada orang lain.
Apa ini? Jangan dakwah orang jika apa yang orang cakap tak kena dengan agama atau selera anda. Ia bukan masalah agama, tetapi masalah selera.