Pengarah JAIS dan Bukan Islam Masuk Masjid
Dia kata, umpamanya di Malaysia, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid kerana mereka bagaikan wanita haid. Masuk dalam surat khabar, masuk dalam surat khabar, masuk dalam surat khabar. Ini satu pandangan, pandangan yang bagi saya sempit. Saya tak nafikan ada fuqaha yang pandangan macam tu. Tetapi mengapa dia tidak memilih pandangan yang mana yang menyatakan orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid kalau nak dapat manfaat, kalau ada kepentingan, ada tujuan tertentu.
Pada zaman Nabi, orang-orang bukan Islam masuk dalam masjid jumpa Nabi. Perwakilan-perwakilan jumpa Nabi dalam masjid, mereka berdialog dengan Nabi dalam masjid. Tapi oleh kerana dia ada kuasa, dia kata ini pandangan yang dianggap kuat. Bukan kuat, itu pandangan orang yang ada kuasa. Tapi kalau tanya saya, saya tak setuju pandangan tu kerana dia akan memberikan orang bukan Islam di Malaysia salah faham.
Ketika kita risau orang Islam pergi ke gereja, mengapa kita halang orang bukan Islam masuk ke masjid untuk mendengar ceramah agama?