Pemikiran Fikratul Irja’
Fiqatul irja ialah pemikiran yang menganggap bahawa yang dikatakan iman merupakan keyakinan di dalam hati dan amal tidak ada kaitan dengan iman. Maka lainlah ramai orang Islam yang menganggap, “Saya telah percaya dengan Islam, soal saya nak memperjuangkan Islam, soal saya nak mempertahankan Islam, soal saya nak berpegang dan beramal dengan Islam itu tidak ada kaitan.” Islam dalam soal keimanan, Islam dalam soal kepercayaan cukup. Pemikiran ini tersebar pada generasi yang lepas selepas daripada penghujung zaman para sahabat radhiallahu ‘anhum, kemudian ia berlarutan.
Kita lihat, sehingga hari ini, ada orang Islam yang mungkin pakaiannya teruk, amalannya teruk, dia akan kata, “Awak jangan lihat pada pakaian saya, pada amalan saya. Awak tak tahu iman dalam hati saya.” Ini adalah pemikiran Murjiah yang masuk di dalam umat Islam, dan pemikiran itu berlangsung sehingga hari ini.
Betulkan Pemikiran Manusia di Pangkal
Kita kena setkan otak kita, cakap siapa pun tak lebih besar daripada cakap Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Lagi ini tak dibetulkan, kita tak boleh selesai. Ya ayuhal ladyna amanu, la tuqadimu bainaya tayyillahi wa Rasulullah. Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mendahului Allah dan rasul.