Tuduhan Wahabi Terhadap Pegawai JAKIM di Perlis: Dr. Rozaimi Mengingatkan Jangan Zalim

Tuduhan Wahabi Terhadap Pegawai JAKIM di  Perlis: Dr. Rozaimi Mengingatkan Jangan Zalim

Tapi, saya baru saja mendengar cerita ini. Saya nak sebut, tetapi saya sebut juga tentang risiko. Semangat lebih datang ke masjid ini, ada pegawai-pegawai dekat JAKIM yang dah mula menunjukkan kecenderungan. Mana-mana pegawai mereka yang datang ke Perlis atau ada hubungan dengan Perlis, terus kena tuduh wahabi. Ini bukan rasmi, tetapi sudah ada cakap-cakap mengenainya.

Saya nak bagi tahu tuan-tuan bahawa kita dapat gaji daripada cukai rakyat. Dalam hal yang kita boleh berbeza pendapat, janganlah kita melampau. Perlis ini adalah salah satu negeri yang diiktiraf sebagai negeri berdaulat. Ia ada rajanya dan ada fatwanya. Jadi, jika orang datang ke sini untuk memenuhi jemputan, mengapa kita nak banned dia pula? Mengapa kita nak sekat dia? Bukankah itu zalim?

Sebab itu, bila saya dengar semua ini, saya dukacita juga. Benda yang penting adalah agenda peribadi; jangan jadikan ia sebagai agenda kebangsaan atau agenda negara. Ada perkara-perkara yang bersifat peribadi, tetapi kita harus menghormati perbezaan pendapat. Dalam hal ini, kita harus belajar untuk berbeza dengan cara yang baik.

Syiah Mengkafirkan Sahabat, Pegawai JAKIM Mengkafirkan Ulama

Syiah Mengkafirkan Sahabat, Pegawai JAKIM Mengkafirkan Ulama

Tetapi Syiah di Malaysia ni aktif sekarang. Edarkan macam-macam, kafirkan Abu Bakar, kafirkan Umar dan ini satu benda yang mendukacitakan. Dan ini ada puak kafirkan wahawiyah, kafirkan dan sesatkan Ibnu Taimiyah, Muhammad bin Abdul Wahab, Ibnu Qayyim dan seumpamanya.

Satu lagi dukacitanya, pegawai JAKIM Zamihan bin Mat Zian ini melancarkan kempen menyesatkan imam-imam kita. Dah mengadu banyak kali dah, kita harap tindakan segera diambil. Adakah satu pasal pegawai JAKIM pula duk sesat menyesatkan ulama? Biarlah saya tahu pimpinan JAKIM tak setuju tapi dia guna nama pegawai JAKIM dulu. Nak mai dari Perlis memang kita tak bagi ya, yang amat berhormat Menteri Besar memang sama sekali tak benarkan dia mai lah. Tapi dia buat program dan hukum dia tulis dalam surat khabar baru-baru ni. Tuan-tuan juga tahu, sangat mendukacitakan.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak