Perbezaan Pandangan Dalam Isu Vaksin Dan Perubatan
Pertama sekali, ulama khilaf pendapat tentang kewajipan berubat ketika sakit. Ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Sekiranya seseorang itu sakit, adakah dia wajib berubat atau tidak? Sekiranya dia memilih untuk tidak berubat dan reda serta tidak mengeluh terhadap ketentuan Tuhan, adakah dia berdosa atau tidak? Ini adalah perkara yang diperselisihkan oleh ulama.
Allah Ta’ala lebih mengetahui, namun jika tindakan tidak berubat itu tidak menyebabkan dia mengeluh terhadap Tuhan atau menyusahkan orang lain, hanya melibatkan dirinya sendiri, maka sebahagian ulama mentarjihkan bahawa dia mempunyai pilihan. Jika dia berubat, dia mendapat pahala kerana menjaga dirinya, sesuai dengan sabda Nabi, *”Wa inna linafsika alaika haqqan,”* yang bermaksud bahawa diri kamu itu mempunyai hak yang mesti kamu tunaikan, iaitu menjaga diri.
Namun, apabila kita melihat orang lain sakit, kita disuruh untuk menyelamatkannya, terutamanya orang yang di bawah tanggungan kita seperti anak-anak. Jika pakar mendapati bahawa vaksin adalah sesuatu yang menyelamatkan, tetapi kita enggan memberikannya tanpa sebab yang munasabah, melainkan berdasarkan sangkaan yang tidak berasas seperti konspirasi Yahudi atau sebagainya, dan akhirnya menyebabkan penyakit menimpa orang di bawah tanggungan kita, maka itu boleh membawa kepada dosa.
Kita Tak Kata Pandangan Selain Perlis Sesat
Kita tidak kata “oh, selain daripada ini ialah pandangan yang sesat.” Dululah, win never sirat ke lain. Tapi, apa yang Nabi telah tetapkan dalam amalan agama, kita cenderung untuk menerima yang itu. Walaupun mazhab, pandangan, dan aliran mungkin berbeza-beza, kita mentakdilkan apa yang merupakan sifat asal daripada amalan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Maka itu, saudara-saudara di Perlis mungkin ada berbagai-bagai pendapat orang, tetapi kita tafsirkan yang itu. Dia kata, walaupun tidak ada dalam amalan sunnah, tetapi ulama ada yang kata boleh, tidak mengapa lah. Itu pendapat dia. Tapi yang tu, mungkin boleh. Tapi kalau ikut Nabi, tentu dah boleh. Kalau kita berdiri di hadapan Allah Azzawajal di akhirat kelak, kita tidak susah hati. Pasal apa? Awak buat macam ni pasal macam tu Nabi tinggal. Ataupun kita buat macam lain, ya Allah, tapi aku cuba buat macam lain kerana rasa yang macam lain ni lagi elok. Eh, payah juga tu. Payah pasal ni agama. Kereta tak apa, naik motor tak apa, itu kehidupan kita.