Muallaf Tak Dapat Solat Pada Waktunya. Apa Solusi?
Saya buat contoh, kadang-kadang ada orang terkejut sangat. Ada orang yang nak sembunyikan Islam dia daripada famili dia, mak awal lagi, takut nanti berberantakan, yang dia tak mampu. Tapi macam mana dia nak solat sekarang? Dah masuk waktu zohor, 4.00 petang, mak dia ada lagi. Dia nak tinggal, tak boleh. Semua keluarga ada; kalau dia hilang, orang akan tahu. Masuk masjid, pergi sembahyang, terus tahu.
Kalau kau pakai satu qaul, mungkin dia kata, “You kena sembahyang juga.” Tapi ada qaul yang membenarkan dalam keadaan kesuntukan dan kepayahan, dijamakkan solat. Dia mungkin boleh buat jamak terakhir nanti, ataupun dia tahulah majlis nanti akan berlaku. Dia jamakkan pada waktu awal majlis, mungkin 2.00 atau 1.00 suku. Masuk waktu sembahyang zohor, dia sembahyang asar pada 4.00 petang untuk mengelakkan hal itu.
Ibnu Taimiyah Pada Pandangan Ibnu Hajar Asqalani
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, saya sebut Ibnu Hajar kerana Ibnu Hajar ini menjadi rujukan semua mazhab. Kitab beliau, **Syarah Sahih Bukhari**, dipakai oleh semua mazhab dan dia dianggap sebagai tokoh yang mana semua orang rujuk. Kata beliau, Ibnu Taimiyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan—ini terjemahan saya. Dia memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada.
Hari kematian Ibnu Taimiyah itu menjadi bukti apabila manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya. Orang Islam datang dari serata pelusuk, mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya pada hari itu. Mereka semua ingin memegang kerandanya sehingga patah kayunya. Keranda itu bukan seperti keranda kita, ia tempat letak jenazahnya. Sehinggalah Ibnu Hajar menyebut bahawa Ibnu Taimiyah adalah imam kepada semua para imam, keberkatan umat, dan sangat alim di kalangan ulama pewaris para anbiya. Beliau menggelarnya Syikhul Islam.
Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut ini dalam bukunya **Ad-Durar al-Kaaminah**, yang merupakan rujukan umat Islam seluruh dunia. Ibnu Taimiyah meninggal dunia dalam penjara di akhir hayatnya. Kehidupan beliau penuh dengan perjuangan ilmu dalam hampir semua bidang. Beliau bercakap tentang Syiah, akidah, fiqh, tasawuf—semua bidang, dan dalam semua bidang itu, beliau telah memberikan sumbangan yang hebat, terutama dalam bidang falsafah. Sehingga, kalau kita fikir, mustahil apa yang Ibnu Taimiyah tulis ini dibuat oleh seorang manusia.
Dapat Pahala Sedekah Pada Orang Bohong
Hadirin Mukminin sekalian, daripada hadis ini maka didapati kalau sekiranya kita bagi satu benda kepada seseorang, kita sangka dia fakir miskin. Dia mai kat kita, “Saya ni, ha tolonglah, enam hari dah tak makan ni.” Kita pun kesian cerita begini, kita bagi kat dia dengan sangkaan kita dia memang fakir miskin. Tiba-tiba dia bohong kita. Dia bohong kita. Adakah kita tak dapat pahala?
Kita dapat pahala. Niat kita betul, tempat kita bagi pun betul pasal kita sangka dia fakir miskin. Kita bagi betul, pahala tetap kita perolehi dalam masalah ini, insyaAllah, berdasarkan hadis yang disebut di hadapan kita. Allah Taala Taala.
Getah Pada Lengan Selepas Sembahyang
Mana pula dengan niat wuduk tu dulu yang sudah lama selesai? Bolehkah dia niat menyambung wuduknya? Jawabnya begini: kalau selepas daripada wuduk yang dikerjakan tidak sah tadi, dia belum mengerjakan perbuatan-perbuatan yang ada niat, nak, aa, maka dia tak perlu ulang balik aa perbuatan wuduk daripada awal, tapi start tangan hok ada getah tu sahaja.
Umpama lepas pada ambil wuduk dia pun berehat gitu saja tepi kolah. Ha, eh, tengok ada pula getah, ha, sambung kat ada tu saja sapu sini saja, faham eh. Hak lain kata dah sapu kat ada getah tu saja buang tu, sapu situ saja. Lepas sapu sini saja ni wajib basuh semula tangan kiri, faham tak? Pas tu basuh kepala, telinga dan kaki kerana hak tadi tak sah hok sebelum sah. Ah, tapi kalau lepas hari tu dia sembahyang dak sembahyang, dia ada niat tadi tadi niat wuduk selesai dah niat sembahyang dah pula.
Keutamaan pada Zakat Pendapatan atau Simpanan?
Pendapatan khilaf yang lebih besar, wajib ataupun tidak wajib? Zakat perniagaan wajib. Zakat perniagaan wajib, zakat pendapatan ini maksud orang makan gaji. Kalau bulan-bulan itu, dia dah kata kalau dia dapat RM3,000 tapi bila campur-campur setahun cukup untuk dia bayar zakat, ini ada khilaf pendapat. Walau bagaimanapun, bayar zakat ini sebahagian dalam mazhab Ahmad disebut sebagai Mal Mustafat. Mal ini kita bayar zakat ini semua zakat yang ada kaitan dengan kita, kita bayar je. Kot macam mana pun, kita nak kena income tax lebih baik kita bayar zakat.
Tetapi, zakat simpanan jangan beri masa ini, kewajipannya jelas. Yang Mustafat ini ada perbezaan mazhab. Syafie kata tak termasuk, Yusuf Al-Qaradawi dia guna alasan dia kata kalaulah orang buat bendang yang dapat setahun RM7,000-RM8,000 semusim, takkanlah orang yang kerja gaji RM5,000 setahun RM60,000 tak kena zakat. Dia kata ini kena zakat.
Nabi Isa akan Turun pada Akhir Zaman
Jadi wajiblah kita balik kepada pegangan yang lebih menjamin keselamatan akidah kita iaitu kita percaya bahawa Nabi Isa Alaihissalam pasti turun kalau disebut oleh hadis sahih.