Non Muslim Sebut Alhamdulillah, Astaghfirullah?
Boleh ke orang yang bukan Islam kata “alhamdulillah” atau “insyaAllah”?
Ada orang kata tak boleh, tapi kenapa tak boleh? Dia yang nak kata, kan? “Alhamdulillah” maksudnya pujian untuk Allah. Macam mana nak kata pujian untuk Allah? Oh, “all praise to Allah.” Apa nama… misalnya, ha, Chan Chan, ha ha. Maksudnya, puji untuk Tuhan. Saya nak kata, puji untuk Tuhan. Lepas tu, saya kata, “Uncle, esok datang pejabat saya, insyaAllah.” Maksudnya, kalau Tuhan izinkan, saya akan sampai. Itu maksud dia.
Adakah saya boleh marah kalau Uncle kata “insyaAllah”? Tak boleh marah, melainkan kalau orang tu cakap “Allah” untuk timbulkan provokasi. Dia ambil Allah, dia letak di tempat lain, umpamanya ini agama Buddha, dia letak Allah. Tak bolehlah, nanti keliru. Tapi kalau dia cakap “Allah” dan dia cakap “insyaAllah”, nanti saya tolong.
Saya ada kawan di Bukit Mertajam. Kalau orang beli barang pada dia, dia cakap “alhamdulillah” dan “insyaAllah.” Di Kelantan, Cina di sana selalu kata “alhamdulillah” dan “insyaAllah.” Cumanya, dari perspektif Islam, adakah orang itu telah jadi Muslim? Tak, sebab kalau nak jadi Muslim, dia kena ucap “asyhadu alla ilaha illallah” dan “wa asyhadu anna Muhammadur Rasulullah.” Maksudnya, dia kena percaya dan menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baru dia jadi Muslim. Itu pun dia kena ucap dengan kepercayaan dia.
Bolehkah Kekal Surname Non Muslim Masuk Islam
Memang boleh, sepatutnya tak dibuang. Sebab itu di Perlis ini kita bagi fatwa, jika masuk Islam, bin dia itu mesti kekal dengan nama bapa dia. Walaupun, aa, misalnya dia masuk Islam, dia letak nama, aa, Ahmad, tapi mak bapa dia Lim. Ahmad bin Lim, okey tak apa. Aa, sebab itu cuba tengok ada seorang pendakwah, aa, aa, Cina, nama Lim Jun Soon. Aa, dia tak ubah nama. Kita di Perlis bagi tahu, masuk Islam tak mesti ubah nama Cina. Boleh kekal nama, boleh kekal. Cucu-cucu pun boleh kekal nama dia, boleh ambil, boleh ambil. Saya ada, dia sepatutnya boleh ambil kerana itu keturunan dia.
Islam tak benarkan kita menafikan, kita buang keturunan dia. Tak boleh. Kita kena akui itu, Datuk kita, dan dia kena hormat. Kalau dia mahu bubuh Senin, ah, dia mahu Senin Lim. Kalau dia mahu bubuh katakanlah, dia mahu pakai nama, nama apa, Zamri? Aa, dia mahu bubuh Lim Zamri, aa, boleh. Ha, ha, ha. Lagi apa, lagi kan? Jadi, boleh, tidak salah.
Mengapa Orang Islam Suka Paksa Non Muslim Masuk Islam
Okey, Islam dalam Islam tak boleh paksa orang masuk Islam. Siapa yang paksa orang masuk Islam, dia berdosa. Tak boleh ada dalam Quran, bukan saja mufti-mufti mahu cakap, mahu jaga, bagi happy, mahu please orang lain. Tidak, dalam Quran ada disebut, “La ikraha fid-din,” tak boleh paksa orang masuk agama. Sebab kalau saya tak percaya, kamu mahu suruh saya percaya macam mana? Saya percaya warna merah, dia kata kamu mesti percaya itu biru. Mana boleh? Kamu letak pisau, tak pe lah biru, tapi saya percaya merah. Sebab itu, tak boleh paksa orang masuk Islam. Mana boleh, hanya orang masuk Islam kalau dia pilih mahu masuk Islam. Kalau dia tak mahu masuk Islam, tak boleh. Kalau ada dengar mana-mana orang bukan Islam yang dipaksa masuk Islam, bagi tahu dia di Malaysia. Saya rasa tak ada, tidak boleh sama sekali paksa.
Sebab itu, kalau ada siapa, cumanya dia kata, okey, tak boleh paksa orang masuk Islam. Kalau ada orang paksa, salah. Tapi kalau dia mahu kahwin dengan orang Islam, dia tak dipaksa kahwin. Dia kata, kalau macam, kalau kamu mahu masuk tentera, kamu mahu pendekkan rambut, itu dia punya peraturan. Tapi kamu tak dipaksa kahwin. Kalau mahu kahwin dengan orang Islam, orang itu kena jadi Islam. Bukan dia buat mesti je, kalau dia tak mahu jadi, dia tak mahu kahwin pun tak apa. Ha, aa, dia tak ada siapa. Kalau kata awak mesti masuk Islam supaya kena kahwin dengan anak saya, ah, tak boleh. Ha, dia tak boleh buat macam tu.
Boleh Tak Non Muslim Ucap Alhamdulillah Insyaallah
Boleh, pasal apa tak boleh? Dia yang nak kata kan. Alhamdulillah maksudnya puji untuk Allah. Macam mana nak kata puji untuk Allah? “Oh, all praise to Allah.” Apa nama saksilah, ha Chan Chan, ha ha. Maksud puji untuk Tuhan, saya mahu kata puji untuk Tuhan.
Pas tu saya kata, “Uncle, esok datang saya punya pejabat, insyaAllah.” Maksudnya kalau Tuhan izinkan, saya akan sampai. Itu maksud dia. Adakah saya boleh marah? “Aik, uncle, jangan cakap Allah dah.” Tak, saya tak boleh marah, melainkan kalau orang tu cakap Allah kerana dia nak timbulkan provokasi. Dia ambil Allah dia letak di tempat lain, umpamanya ini agama Buddha, dia letak Allah. Itu tak bolehlah, nanti keliru.
Tapi kalau dia cakap Allah, dia cakap insyaAllah, nanti saya tolong. Saya ada kawan di Bukit Mertajam. Kalau orang beli barang pada dia, dia cakap, “Alhamdulillah, insyaAllah saya jual, saya beli.” Di Kelantan, Cina di Kelantan selalu kata alhamdulillah, insyaAllah.
Boleh Tak Non Muslim Ucap Alhamdulillah, Insyaallah
Tapi kalau dia cakap “Allah” atau “insyaAllah,” misalnya, “InsyaAllah saya tolong,” itu tak mengapa. Saya ada kawan di Bukit Mertajam, kalau orang beli barang dari dia, dia cakap “Alhamdulillah” atau “InsyaAllah.” Di Kelantan, Cina di sana selalu kata “Alhamdulillah” atau “InsyaAllah.”
Kenapa Orang Islam Tak Suka Patung Sehingga Memecahkan Patung Tempat Ibadat Non Muslim
Okey, itu memang jelas. Tapi, boleh tak orang Islam pergi masuk dalam kuil orang dan pecahkan patung? Tak boleh. Itu hak orang lain, dia tak boleh campur hak orang lain. Saya tak suka, itu hal saya. Contohnya, orang tak minum arak, dia tak minumlah arak. Tapi dia tak boleh masuk rumah orang dan cari mana ada arak untuk dipecahkan.