Boleh Tak Letak Nama Anak Badar
Badar ada maksudnya. Bolehkah kita letak nama anak “Badar”? “Badar” bermaksud bulan. Contohnya, dalam nasyid “Tala’al Badru,” maksudnya adalah “telah muncul bulan.” Nasyid tersebut walaupun popular, sebenarnya dari segi sanad periwayatannya tidak kuat untuk menunjukkan sambutan terhadap kedatangan Nabi Muhammad ﷺ. Ada kemungkinan bahawa jika ada pun, ia mungkin sambutan ketika Nabi pulang dari Tabuk atau mana-mana tempat lain, tetapi dari segi sanadnya, ia tidak kuat.
Namun, ia masyhur kononnya sebagai sambutan semasa Nabi datang ke Madinah. Frasa “Tala’al Badru” bermaksud “telah muncul bulan penuh.” Sementara itu, “Badar” juga adalah nama tempat berlakunya peperangan, iaitu Perang Badar.
Jika kita ingin menamakan anak “Badar,” adakah boleh? Nama “Badar” bermaksud bulan penuh, dan ia juga merujuk kepada nama tempat bersejarah dalam Islam. Jadi, tidak ada masalah untuk menamakan anak dengan nama “Badar,” kerana ia membawa makna yang baik. Namun, pastikan ia tidak disalah fahami, terutamanya dalam konteks lain seperti parti politik, yang mungkin tidak tahu maksud sebenarnya.
Hanya Tuhan Boleh Sebut Nama Tuhan
Apa benda soalan ni? Dia kata hanya Allah boleh menyebut nama Allah, hanya Allah boleh menghambakan diri pada Allah. Jelaskan maksud dan dalil ini. Ini bukan dalil, ini bukan maksud. Tidak ada ayat Quran, bukan hadis. Ini perkataan manusia. Tidak ada kesalahan dan tidak betul kita kata hanya Allah boleh sebut nama Allah. Ini salah. Ramai orang pegang gini, hanya Allah boleh sebut nama Allah.
Ini salah. Kita ni boleh menyebut nama Allah, bahkan disuruh sebut nama Allah. Tidak ada sebarang ayat dalam Quran, dalam hadis, ataupun sahabat mengatakan hanya Allah boleh sebut nama Allah. Ini perkataan manusia saja. Bahkan Allah suruh kita sebut nama Allah.
Tak Boleh Bagi Nama Anak Sebelum Lahir?
Ha, patut letak nama agama hari ke-7. Neh, aa, jadi bila letak nama? Kejap, hari ke-7 sunat, letak hari ke-8 harus, letak hari ke-2 harus, letak 2 hari sebelum beranak pun nama dah harus. Faham tak? Lagi, cuma nak letak nama anak tu, tahu dak gi cara dia? Ha, nak letak nama anak cara gimana? Cara dia, gi pejabat dataran. Ha, tu ramai orang reti, India pun buat gitu. Faham?
Jual Stokin Hina Nama Allah
Mana maaf tu hak Allah, bukan hak kita. Selain orang ambil hak kita, boleh kita tukang maaf. Ada pula mu tukang maaf. Mu siapa? Tak faham lagi? Ha, orang hina Allah kita pula tukang maaf. Boleh ke kita wakil? Mu wakil Allah ke? Ke mu ayah pin? Faham? Kena ambil hukuman, faham? Pihak berkuasa kena hukum.