Perang Tabuk – Munafik Hina Muslimin
Mereka yang menghina dan mempersendakan orang yang memberi sedekah dengan ikhlas, walaupun dengan sedikit, akan dihina oleh Allah pada hari kiamat dan akan menerima azab yang pedih.
Tuan-tuan, kita perlu ingat bahawa walaupun seseorang hanya mampu menyumbang lima biji kurma, itu sudah mencukupi. Osman bin Affan sebagai contoh, memberi sumbangan yang besar kerana dia seorang yang kaya. Bagi mereka yang kurang mampu, sumbangan sekecil apa pun tetap dihargai. Janganlah kita mengecilkan sumbangan orang lain hanya kerana ia kecil.
Orang munafik yang mencela sumbangan tersebut sebenarnya adalah mereka yang tidak mempunyai sifat dermawan dan hanya tahu mengkritik. Mereka tidak berusaha dan hanya tahu mengadu domba. Kita harus elakkan diri daripada menjadi seperti mereka, yang hanya tahu mencela tanpa melakukan usaha yang positif.
Abdul Rahman bin Auf, yang kaya, juga menyumbang banyak harta. Namun, ada yang berkata bahawa beliau hanya menunjukkan kekayaan dan ingin menunjuk-nunjuk. Itu adalah tuduhan daripada puak-puak munafik yang tidak puas hati dengan apa sahaja yang orang kaya lakukan. Mereka menghina orang yang memberi dan tidak menghargai usaha tersebut.
Jadi, kita harus menjauhkan diri daripada sifat munafik ini. Janganlah kita menjadi seperti mereka yang hanya tahu mencela tanpa melakukan kebaikan. Apabila kita memberi, biarlah ikhlas dan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang penting ialah kebaikan yang kita lakukan, dan Allah Ta’ala lebih mengetahui niat kita. Puak-puak munafik ini telah menghina orang-orang mukmin baik yang kaya maupun yang miskin, dan Allah Ta’ala memurkai mereka atas perbuatan mereka.
Kesesatan Ikhwanul Muslimin
Sekarang, tuan-tuan, manusia ni macam ni. Ada kumpulan yang mempunyai banyak sumbangan, dan ada juga beberapa perkara yang kurang tepat. Janganlah kerana satu dua perkara yang kurang tepat itu, kita nak hukum keseluruhannya.
Selagi mana satu dua perkara yang kurang tepat itu bukan dianggap arus perdana, kadang-kadang itu tohmahan sahaja. Saya tengok sebahagian tohmahan bukanlah untuk membela Hasan al-Banna, tetapi kadang-kadang tohmahan itu tidak adil. Hasan al-Banna lahir di dalam suasana negara Mesir yang dipenuhi dengan tarekat dan kesufian. Dia pula bukan syeikh besar masa itu, hanya seorang guru di sebuah sekolah.
Sedangkan syeikh-syeikh yang lain tidak bangkit untuk meluruskan perkara itu. Tidak cukup kekuatan al-Banna untuk membetulkan hal itu. Namun, kita tengok dia cuba membetulkannya. Buktinya, cuba baca Usul Isyrin (Usul 20) Hasan al-Banna tentang mimpi, karamah, dan kasyaf bukan hujah syarak.