Puasa Asyura
Jika orang buat puasa pada 9 dan 10, cukup. Kalau ada orang buat puasa pada 9, 10, dan 11, itu juga ada dalam riwayat Imam Ahmad. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bila tengok orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, Nabi menyatakan, Nahnu ahaqqu bi Musa minhum (“Kita yang lebih layak untuk mengingati Musa lebih daripada orang Yahudi”). Dan baginda menjanjikan yuqaffiru as-sanat al-madiya (dengan puasa ini, iaitu puasa pada hari Asyura ini, akan diampunkan dengannya tahun yang sebelumnya).
Mudah-mudahan dengan puasa ini, dosa kita diampunkan. Kita mengambil kesempatan daripada puasa ini. Kita bukan orang Syiah yang pada hari Asyura mereka melakukan amal ibadat yang sama seperti orang-orang Hindu di Kuil Batu Caves, iaitu dengan mencederakan diri.
Orang Syiah di India, Pakistan, dan juga di Iran, mereka akan melukakan diri mereka. Ha, mereka akan pegang besi, mereka akan pukul-pukul diri mereka sampai cedera, kononnya kerana mengingati apa yang dilakukan oleh Yazid bin Muawiyah terhadap al-Husain bin Ali.
Ha, apa yang mereka nak ingat ni bohong saja. Aa, yang membunuh al-Husain ialah orang-orang Syiah sendiri. Yang membunuh al-Husain adalah orang-orang Syiah sendiri, aa, bukan Yazid bin Muawiyah.