Benarkah Jabatan Mufti Perlis Melarang Mengajar Fiqh Manhaji Imam Syafi’i

Benarkah Jabatan Mufti Perlis Melarang Mengajar Fiqh Manhaji Imam Syafi’i

Benarkah Jabatan Mufti melarang mengajar kitab mazhab Syafi’i seperti Fiqhul Manhaji?

Ini pun satu, cawan ke gelas pun saya tak tahu. Mana ada, hehe. Itulah kadang-kadang yang kata semangat kuat sangat ni, kan? Padahal siapa yang mengajar? Ustaz Sira ke, siapa? Memang mengajar kitab Fiqhul Manhaji, cuma kita kata jangan ajar cara taksub, ajar secara terbuka. Beritahu ini pandangan dalam mazhab ini supaya jangan jarang yang ini saja. Kalau tak buat ikut mazhab ini, tak sah. Kita hanya kata elok. Setengah orang ni dia tak faham, macam dia tak faham isu tadilah. Dia kira nak ulas panjang lebar dalam Facebook, kan?

Pesan Mufti Perlis Kepada Yang Rasa Jemu Boikot

Pesan Mufti Perlis Kepada Yang Rasa Jemu Boikot

Alhamdulillah, Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbaik dalam memberi kesan kepada produk Israel dan produk-produk yang menyokong Israel. Dunia boleh melihat bagaimana bangsa Yahudi yang terlaknat ini, dengan bantuan Amerika, UK, dan kuasa-kuasa Barat lain, membunuh orang Islam secara beramai-ramai. Mereka menyediakan senjata, bom, dan pelbagai lagi untuk menyerang rakyat yang lemah.

Kita semua menyaksikan kezaliman ini, namun masih ada yang mengeluh, “Macam mana nak hidup kalau tak makan produk-produk tertentu ini? Saya dah lama tak makan yang itu, lama tak makan yang ini, rasa macam tak cukup vitamin.” Ada pula yang bimbang, “Kalau kita terus boikot, kesianlah kepada orang-orang yang bekerja di situ, nanti mereka macam mana?”

Namun, mereka ini tidak pernah memikirkan kesengsaraan umat Islam yang lain. Mereka tidak pernah terbayang dalam fikiran mereka apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW, bahawa umat Islam itu seumpama satu jasad. Jika satu anggota rasa sakit, seluruh anggota lain akan berjaga malam dan demam. Tapi mereka tidak merasakan hal ini.

Berikan hak untuk orang bercakap dalam negara ini

Berikan hak untuk orang bercakap dalam negara ini

Saya boleh mengajar di universiti. Saya pensyarah di USM, dengan pelajar PhD dan pelajar master di bawah bimbingan saya. Tiba-tiba, apabila saya nak mengajar di sini, mereka kata tak boleh, sedangkan universiti itu juga universiti kerajaan. Bukan hanya belajar biasa; dapat PhD dan master. Tiba-tiba, apa yang boleh dan apa yang tak boleh, tolong ubah cara begini.

Hormati negara yang sedang maju. Berikan hak untuk orang bercakap dalam negara ini. Kalau anda rasa benda itu tak sesuai dengan anda, boleh jawab, kita ada media, kita ada apa-apa. Semua orang boleh menulis dan bercakap. Ini bukan negara kurun batu di mana manusia semua dikunci mulutnya dan hanya boleh mendengar daripada saya. Jangan dengar daripada orang lain.

Apa ini? Jangan dakwah orang jika apa yang orang cakap tak kena dengan agama atau selera anda. Ia bukan masalah agama, tetapi masalah selera.

Hadith Minda Mufti

Hadith Minda Mufti

Sesiapa yang dunia itu menjadi perkara yang paling difikir olehnya, benda yang paling dia susah hati, Allah jadikan kefakiran itu di antara dua matanya. Walaupun kaya, dia sentiasa runsing tentang kehilangan harta, kehilangan jawatan, kehilangan kedudukan, kehilangan elaun, bimbang orang tidak melantik, dan kontrak tidak disambung. Allah jadikan kemiskinannya dan kefakirannya berada antara dua matanya.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak