Islam Agama Yang Mudah

Islam Agama Yang Mudah

Bagi semua mereka ini, ada kelonggaran-kelonggaran syarak. Ada orang yang tangan dan kakinya dibungkus sehingga tidak ada tempat untuk ambil air sembahyang. Kalau tinggal dua jari saja yang boleh dibasuh, maka basuhlah dua jari itu dan sembahyanglah seperti yang disebut oleh Imam Ibn Hazm al-Andalusi: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang dia mampu.”

Ada juga orang yang tak boleh sembahyang, lalu ustaz memberi petua untuk menghormati waktu sembahyang. Esok, bila sihat, qada’ balik sembahyang yang tertinggal. Katakan, tujuh bulan kemudian sihat, maka hamba Allah ini perlu qada’ 5 waktu × 30 hari × 7 bulan. Sebab itu, kalau orang suruh kita sembahyang hormat waktu, tanyalah dia, kalau saya sembahyang, sah ke tak ustaz? Kalau tak sah, buat apa sembahyang? Kalau sah, pasal apa kena qada’? Maka dengan itu, tuan-tuan sembahyanglah dengan kadar yang kita mampu.

Nabi pernah bersabda: “Jika aku perintahkan kamu dengan satu perkara, datangilah dengan kadar yang kamu mampu.” Kita buat setakat yang kita boleh, bukan nak lawan Tuhan. Nabi pernah sapu kepala di atas serbannya tanpa buka serban. Maka, orang yang pakai serban boleh sapu wuduk atas serban. Sebahagian para ulama kiaskan perkara ini, kalau lelaki boleh sapu atas serban kerana benda itu tutup atas kepala, maka wanita juga boleh sapu di atas tudungnya terutama di tempat-tempat yang tak boleh terdedah. Takkan nak buka tudung untuk basuh kepala, cukup sekadar basahkan air di atas tudungnya.

Mudah Mudahan Allah Tidak Haramkan Kita Daripada Syurganya

Mudah Mudahan Allah Tidak Haramkan Kita Daripada Syurganya

Ali Safi berkata: “Tidakkah pada hari sekian-sekian dahulu kau pernah teringin sekian-sekian?” Dia pun lupa, tetapi Allah mengingatkannya lagi. Hamba itu berkata: “Wahai Tuhan, hari ini aku sudah cukup.” Allah berkata: “Aku akan memberikan nikmat yang paling besar, iaitu melihat wajah Allah Azzawajal.”

Nikmat terbesar ahli syurga adalah dapat melihat wajah Allah, kerana orang yang masuk syurga ialah orang yang merindui Allah. Kita sering berdoa kepada Allah, memohon ihdina siratul Mustaqim, menangis di hadapan-Nya, terutama di depan Kaabah, memanggil nama-Nya, meskipun kita tidak pernah melihat-Nya. Di syurga, setelah semua nikmat diberikan, kita diberi peluang untuk melihat wajah-Nya yang mulia. Mazhab Muktazilah menafikan ini kerana mereka berpendapat mustahil mata manusia boleh melihat Tuhan, tetapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Nabi sebut dalam hadis yang sahih bahawa ahli syurga dapat melihat Allah Azzawajal. Ini adalah nikmat yang terbesar. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita ahli syurga dan tidak mengharamkan kita dari masuk syurga. Mudah-mudahan Dia mengampunkan dosa-dosa kita.

Kembali Kepada Sifat Agama Yang Mudah

Kembali Kepada Sifat Agama Yang Mudah

Kita ingin mengajarkan fiqh yang mudah bagi masyarakat moden Islam dan bersama-sama dengan semua orang yang menyeru kepada fiqh yang mudah untuk generasi moden Islam. Ini bukan kerana ini sesuatu yang baru, tetapi itulah yang diseru oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Setelah beberapa ratus tahun, pada suatu ketika zaman Islam mudah, banyak kitab fiqh telah ditulis. Sebahagian para fuqaha kelihatannya kurang ada tugas, dengan maaf cakap, lalu mereka menulis kitab-kitab yang kelihatannya menokok tambah perkara yang susah.

Maka tuan-tuan tengoklah, ada bab yang menyatakan syarat-syarat sah takbiratul ihram. Pada yang demikian itu, ada 17 syarat. Belum lagi sembahyang, nak takbir dah ada 17 syarat. Sebab itu ada yang takbir 3-4 kali, 10 kali Allahu Akbar, dia ingat syarat 1, syarat 2, syarat 3, syarat 4. Apa aku buang syarat 17? Minta maaf orang Tabung Haji, itu yang kursus haji sampai 8 bulan. Haji nak buat berapa hari je, kursus haji ni patut 3-4 hari je. Mana sampai berbulan-bulan?

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak