Misi Seorang Muslim
Jawapan mengenai riba adalah ringkas, tetapi di situlah terletaknya Islam, di situlah misi seorang Muslim. Tugas kita adalah mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada mengabdikan diri kepada sesama hamba dan makhluk, kepada pengabdian diri hanya kepada Allah. Daripada kekejaman ideologi dan pemikiran yang salah, kita beralih kepada keadilan Islam. Dari dunia yang sempit, di mana manusia bertungkus-lumus dan bertarung, kita bergerak kepada keluasan dunia dan akhirat, untuk melihat suatu pandangan kehidupan yang lebih luas. Itulah Islam, itulah tanggungjawab kita sebagai orang Islam.
Saudara-saudara yang berada di sini, yang terpelajar, mempunyai tanggungjawab ini. Islam tidak pernah menyatakan bahawa tanggungjawab agama hanya terletak di bahu ustaz. Perkataan ustaz adalah istilah yang baru, tetapi semua umat Islam pada zaman Nabi dan selepas zaman Nabi yang mendengar risalah Islam ini mengetahui tanggungjawab mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.” Marilah kita mengambil semangat Nabi Ibrahim dan para sahabat Nabi untuk merasakan bebanan menyampaikan risalah Islam. Pada hari ini, Allah Subhanahuwataala izinkan setiap manusia untuk menyampaikan agamanya. Kita mempunyai internet, risalah, dan berbagai-bagai teknologi. Setiap orang hendaklah berusaha menyampaikan apa yang diketahui dan benar daripada agama Allah kepada orang lain. Allahuakbar, Allahuakbar.
Rib’ie bin ‘Amir dalam Misi Islam
Sebab tu saya selalu ulangi, apabila Islam bertemu dengan Parsi, orang Parsi tidak faham kenapa orang Arab yang dahulunya sentiasa meminta bantuan daripada Parsi dan lemah, tiba-tiba apabila terkena dengan ajaran Muhammad, ia bergerak dan membentuk kerajaan serta ingin bertempur dengan Parsi. Pada pemikiran orang Parsi, barangkali orang Arab menghadapi krisis makanan ataupun sudah tidak cukup bekalan.
Sebab itu Rostam, panglima tentera Parsi, apabila berjumpa dengan orang Badwi yang dihantar oleh Saad bin Abi Waqqas untuk bertemu dengan Rostam dengan keadaan yang selekeh iaitu Ibrahim bin Amir, seorang sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ustaz bertanya kepada Ibrahim yang kelihatannya sangat kampung dengan bajunya yang buruk dan tidak memiliki serban, mengikat kepalanya dengan hanya tali dan kasutnya yang begitu compang-camping. Orangnya hanya selekeh, bukan orang kaya yang datang ingin memerangi Parsi.
Rostam tanya, “Apa yang kau nak?” Ibrahim memberikan satu jawapan yang jelas walaupun ia bukan keluaran universiti, tak ada masa, tidak ada PhD, tetapi ia mengambil makna dakwah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Ibrahim menyimpulkan kesemua tujuan kedatangan Islam menghadapi kerajaan-kerajaan dengan suatu lafaz yang jelas. Kata Ibrahim, “Ibt’athana Allah li nukhrija man sha’a min ‘ibadat al-‘ibad ila ‘ibadat Allah wahdah wa min jawr al-adyan ila ‘adl al-Islam wa min diq al-dunya ila sa’at al-dunya wa al-akhirah.”