Islam Tidak Memaksa Orang Beriman
Maka agama tak mahu manusia munafik. Kita kata hang beriman, hang percaya Islam benar, dia tak percaya. Tapi oleh kerana kita paksa dengan kekuasaan, lalu dia kata oh betullah, tak ada agama lebih betul daripada Islam. Ha, tangan hatinya tidak, hatinya tak percaya. Apa faedahnya tuan-tuan? Tak ada faedahnya, maka Islam tak paksa. Peperangan dalam Islam, Islam tak pernah paksa seorang pun masuk Islam. Tak ada orang yang dipaksa. Setiap orang bebas di atas agamanya.
Cuma peperangan itu berlaku apabila negeri berkenaan mengancam Islam seperti Mekah yang mengancam Madinah, ataupun kerana adanya orang yang nak kepada Islam yang ditindas. Maka peranan peperangan hanyalah menghalang tangan-tangan yang menindas orang lain sahaja.