Benarkah Jabatan Mufti Perlis Melarang Mengajar Fiqh Manhaji Imam Syafi’i
Benarkah Jabatan Mufti melarang mengajar kitab mazhab Syafi’i seperti Fiqhul Manhaji?
Ini pun satu, cawan ke gelas pun saya tak tahu. Mana ada, hehe. Itulah kadang-kadang yang kata semangat kuat sangat ni, kan? Padahal siapa yang mengajar? Ustaz Sira ke, siapa? Memang mengajar kitab Fiqhul Manhaji, cuma kita kata jangan ajar cara taksub, ajar secara terbuka. Beritahu ini pandangan dalam mazhab ini supaya jangan jarang yang ini saja. Kalau tak buat ikut mazhab ini, tak sah. Kita hanya kata elok. Setengah orang ni dia tak faham, macam dia tak faham isu tadilah. Dia kira nak ulas panjang lebar dalam Facebook, kan?
Ada Negeri Melarang Penggunaan Kitab Imam Zahabi
Yang ada ialah kita melihat ada negeri yang mengharamkan buku Al-Imam Al-Zahabi rahimahullah, sedangkan Imam Al-Zahabi ialah imam yang penting dalam ilmu hadis. Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang semua orang baca kitabnya Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari dan Bulughul Maram, semasa dia meminum air zamzam, niat awalnya adalah supaya ilmunya seperti ilmu Al-Zahabi rahimahullah.
Di Malaysia, ada orang yang berkata dia ahli sunnah, namun mengharamkan buku Al-Imam Al-Zahabi dengan alasan sesat. Mereka tidak pula mengatakan bahawa mereka ini menghina ulama. Mereka mengkafirkan Ibnu Taimiyah, mengkafirkan Ibnu Qayyim, bukan saja manusia-manusia daripada golongan tertentu, tetapi juga yang lain. Mereka tidak berkata bahawa geng-geng sunnah ini memfitnah dengan nama Wahabi dan seumpamanya. Mereka mengkafirkan Imam Ghazali dan menghina Imam Ghazali.