Adakah Ada Hadith Untuk Solat Dirumah Melainkan Solat Fardhu
Okey, ada hadis Nabi yang melarang kita daripada menjadikan rumah kita sebagai kubur. Nabi menyuruh kita solat di rumah, jadi kita sepatutnya memperuntukkan solat sunat di rumah.
Sebenarnya, setiap orang patut ada tempat yang khas di rumahnya untuk dia solat. Macam, kadang-kadang tanda tempat itu, sebahagian para ulama menyebutnya sebagai musala ataupun masjid rumah, atau musala rumah kita. Kita tengok dalam hadis Anas, bila Nabi ziarah sahabat, sahabat akan tunjuk tempat yang selalu dia sembahyang, dan Nabi akan sembahyang di situ sebab sahabat pun akan sembahyang di situ.
Jadi, rumah kita patutnya ada satu tempat yang khas untuk kita solat di situ. Bukan solat di sana sini, anak kencing sini, solat sana pula. Tak salah, tapi ini tanda kita ikhtiar untuk sesuatu yang besar, iaitu solat. Maka, kita tahu ruang ini adalah ruang solat kita. Bukan bermaksud bila ruang solat, orang tak boleh duduk, tapi bila kita nak solat, kita duduk di situ, dan kita akan rasa satu perasaan yang berbeza. InsyaAllah, kita akan tahu bila tempat itu memang tempat kita solat.
Semua Masuk Neraka Melainkan Satu
Siapa yang berpaling daripada sunahku, maka dia bukan daripada umatku. Kalau bukan daripada umat Nabi, tak selamat. Semua puak berpecah dan semua keluhun pinang semuanya masuk neraka, kata Nabi, “Ila Wahidah,” melainkan satu. Nasib baik sahabat tanya, “Man hum ya Rasulullah? Siapa yang satu tu, wahai Rasulullah?” Kalau sahabat pergi tanya hari tu, “Siapa yang 72 tu, wahai Nabi?” tak larat kita nak kira. 10 kuliah tak habis lagi hurai pokok tu.
Tapi tak pentinglah siapa yang 72 tu. Yang penting, siapa yang satu tu, pasal yang satu tu kita nak ikut. Nabi tak kata yang satu ni depa ni dengan orang tua-tua cukup baguslah. Apa hak orang tua-tua depa buat, yang tu lah depa buat. Kalau Nabi kata begitu, kalut kita pasal orang tua-tua Arab tak sama dengan orang tua-tua Melayu, dan orang tua-tua Melayu tak sama dengan orang tua-tua Indonesia. Orang tua-tua Indonesia, Arab pula, Tunis dengan Maghribi dengan Syria tak sama.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tak habaq yang tu. Nabi kata, “Man Ana Alaihi washabi.” Siapa yang atau “Mak Ana Alaihi was Habi,” apa yang aku berada di atasnya dan sahabatku. Siapa yang ikut aku, dia selamat. Dia selamat, yang lain daripada ni tak selamat. Walaupun nampak jubah kemas, serban hebat, jubah labuh, bunyi macam kemas tapi kalau tak sama dengan tunjuk ajar Nabi, tak selamat.
“In kuntum tokibun allaha, fathi bin auni.” Siapa kalau kamu cintakan Allah, ikut aku. Bukan kamu reka sendiri, bukan kamu ikut aku. Maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kata bahawa sama, siapa yang berpaling daripada cara aku, maka dia adalah orang bukan di kalangan umatku.