Dah Mati tapi Filem ditayangkan lalu Berdosa
Ada beberapa keadaan yang perlu dipertimbangkan. Jika lakonan itu bukan lakonan yang berdosa, maka pelakon itu tidak berdosa. Namun, jika lakonan itu mengandungi dosa dan pelakon itu semasa hayatnya sudah menyatakan bahawa dia tidak suka dan telah bertaubat, maka dia tidak berdosa. Sebaliknya, jika sehingga dia mati dia memang suka filem itu terus disiarkan, maka dia berdosa.
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa mayat diazab dengan sebab tangisan keluarganya. Namun, Aisyah radhiallahu anha membantah hadis ini. Beliau berkata, mana mungkin mayat diazab kerana keluarganya menangis? Itu dosa keluarga, bukan dosa mayat.
Para ulama membincangkan hal ini. Ibnu Qayyim dalam syarahnya tentang Sunnah Nabi Daud menyatakan bahawa sebabnya ialah kerana si mati reda dengan adat jahiliah di mana bila mati, orang upah menangis. Oleh kerana dia reda dengan perbuatan itu, maka dia juga menanggung dosa tersebut.
Mati hari Jumaat diringankan azab kubur
Adakah ada Nas yang menyatakan bahwa orang yang meninggal pada hari Jumaat ada pengingatan daripada solat? Azab kubur ya, disebut juga oleh al-Hafiz bin Qayyim dalam mazhab al-maad.
Doa Minta Mati
Dan sunat minta mati iaitu minta mati syahid. Itu sunat. Kata setengah ulama, wajib berniat mati syahid. Ada pendapat wajib, macam orang Kubang Durian ni dak payah nak dapat mati syahid. Ni, niat mati syahid wajib katanya. Bukan mati syahid, niat mati syahid. Mati biasa je, Nabi sebut dalam hadis, siapa yang berniat mati syahid tapi mati di rumah,