Pengarah JAIS dan Bukan Islam Masuk Masjid

Pengarah JAIS dan Bukan Islam Masuk Masjid

Dia kata, umpamanya di Malaysia, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid kerana mereka bagaikan wanita haid. Masuk dalam surat khabar, masuk dalam surat khabar, masuk dalam surat khabar. Ini satu pandangan, pandangan yang bagi saya sempit. Saya tak nafikan ada fuqaha yang pandangan macam tu. Tetapi mengapa dia tidak memilih pandangan yang mana yang menyatakan orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid kalau nak dapat manfaat, kalau ada kepentingan, ada tujuan tertentu.

Pada zaman Nabi, orang-orang bukan Islam masuk dalam masjid jumpa Nabi. Perwakilan-perwakilan jumpa Nabi dalam masjid, mereka berdialog dengan Nabi dalam masjid. Tapi oleh kerana dia ada kuasa, dia kata ini pandangan yang dianggap kuat. Bukan kuat, itu pandangan orang yang ada kuasa. Tapi kalau tanya saya, saya tak setuju pandangan tu kerana dia akan memberikan orang bukan Islam di Malaysia salah faham.

Ketika kita risau orang Islam pergi ke gereja, mengapa kita halang orang bukan Islam masuk ke masjid untuk mendengar ceramah agama?

Rai Muka Baru Ahli Masjid

Rai Muka Baru Ahli Masjid

Yang berlaku sekarang, kita orang lama dah, 2, 13 tahun dah duduk masjid, tengok ada muka baru seekor mari nak, ha mata pun macam nak tubik tengok, ha ni jahat ni kalau haji haji setan ni dipanggil, kalau ustaz ustaz setan begitu. Tak dak kira siapa-siapa sebab orang baru ni kita kena pandai. Nak, kita kena beri layanan biar dia rasa sungguh istimewa rupanya orang surau ni nak. Banyak berlaku kawan tu jahil lagi bagus. Kita nak orang jahil biar ramai mari sebab bila jahil mari belajar surau, ibadat-ibadat dah sambil belajar.

Takkan lah ibadat dalam jahil nak jadi, biar dia jahil lagi bagus. Lagi jahat dia mari surau lagi bagus. Nak, patutnya kalau ada seorang muka baru selama ni oh dak bala rajin mari surau, rempit sama nak, pagi gelek awek rambut merah petang rambut biru, Pahang mana memang samseng sungguh. Ah tiba-tiba mari surau, dasar kena jaga molek, mata jangan bagi nampak kat dia, nak kena gi sambut depan pagar ni, assalamualaikum, Allah comel mari kita sembahyang berjemaah sama Allah, nampak sihatlah ni. Ha betul betul.

Isu Zakat kepada Non-Muslim dan Masjid Cina

Isu Zakat kepada Non-Muslim dan Masjid Cina

Dalam sejarah Islam, wang zakat boleh diberikan kepada yang teringin nak masuk Islam, yang dijangka dengan beri duit itu dia boleh masuk Islam. Kalau tak boleh pun, dia akan bersangka baik dengan Islam. Bahkan nabi pernah beri zakat kepada pembesar-pembesar kafir. Dengan pemberian itu, mereka tidak bermusuh dengan Islam.

Harta dalam konsep fakir miskin luas. Saya bukan nak suruh ambil duit zakat bagi kat orang bukan Islam. Di Malaysia ni kalau kita dengar cerita ada gereja bagi duit kat orang Islam, bising satu Malaysia. Teruk, budak sekolah-sekolah sekian-sekian telah ambil duit daripada gereja. Belum masuk Islam lagi, baru ambil duit. Belum masuk Kristian lagi, baru ambil duit.

Di Penang, mesin apa yang buah pinggang tu, apa nama dia, dialisis tu. Mesin tu ada di persatuan Buddha, free of charge. Jadi ramai orang pergi ke sana, termasuk orang Muslim. Dah takde kat masjid yang free kerana masjid berlumba-lumba duk simpan duit. Masjid siapa banyak, bukan duit masjid siapa berfungsi. Mereka pergi ke sana, orang dah susah hati. Sedangkan patutnya orang bukan Islam mengambil manfaat daripada tempat pusat-pusat Islam.

Bawa Anak Kecil ke Masjid dan Bising

Bawa Anak Kecil ke Masjid dan Bising

Okeylah, kita, kita pun jangan menyebabkan dia takut nak datang masjid. Sekarang ni semua orang suka datang pusat-pusat hiburan, datang masjid pula orang tua-tua marah, dia kata lebih baik pergi tempat lain. Okey, saya benda ni nak kena imam juga, ha, datang masjid dia jadi kita tekan dia pergi sana.

Bolehkah Wanita Haid Masuk ke dalam Masjid

Bolehkah Wanita Haid Masuk ke dalam Masjid

Di atas dalil yang jelas, al-Imam Ibnu Hazmin al-Andalusi, dia kata, “Bahawasanya orang haid boleh masuk masjid.” Sebab, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, masa Aisyah orang wanita haid, dia tak bagi wanita haid tawaf. Aisyah tak tawaf kerana dia haid. Kalau sekiranya masuk masjid tu tak boleh dari awal lagi.

Mengapa Wanita Dalam Masjid Duduk Belakang Sebalik Langsir?

Mengapa Wanita Dalam Masjid Duduk Belakang Sebalik Langsir?

Cuma mungkin bertanya, kenapa dia ada langsir ni? Kerana biasanya perempuan kadang-kadang, pada zaman nabi, tidak ada langsir ni, maksudnya tidak ada halangan. Tapi di Malaysia dan banyak negara, ada halangan ni kerana kadangkala perempuan nak salin pakaian, so dia tak suka orang lelaki nampak dia.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak