Masa Banjir Ada Barang Orang Lain Sangkut Kat Rumah Kita. Boleh Ambil?
Okey, jika harta itu kita confirm hak orang punya, kita tidak boleh mengambilnya. Jika ia tersangkut di tempat kita, kita kembalikan kepada empunyanya. Jika kita tak tahu siapa empunyanya, kita boleh maklumkan. Kalau ada orang tipu pun, orang tu yang berdosa kerana ia bukan harta kita. Tapi, kalau benda tu ada, kita duk cari tak dak siapa nak ambil, dan pihak berkuasa pun tak dak yang boleh kita percayai untuk berikan prosesnya, macam tu, macam tadi juga, kita boleh sedekahkan benda tu jika sekiranya ia boleh disedekahkan.
Kalau sekiranya benda tu benda makan, macam ikan tadi, tiba-tiba dia tuntut ikan dia, kita bayarlah ikan dia. Kita bayar ikan dia. Cumanya, jika sekiranya kita dalam keadaan darurat banjir, tak dak makan, ada ayam siapa terbang mai, ha mai duduk atas bumbung kita, kita pun duduk atas bumbung tu, ha ha ha, boleh ya, sembelih ayam tu. Boleh kalau kita tidak ada makanan. Wah, darurat itu darurat, dan darurat itu disekat dengan kadarnya. Maka kita makan sekadar yang perlu saja. Kalau sekadar kita boleh selesaikan kelaparan kita, tu sekadar seekor sajalah. Jangan tibai sampai lima ekor, aa sampai kenyang lebih. Kalau tidak, kita dan itu pun jika selepas daripada itu dia mai tuntut pada kita, kita membayar harganya. Kita membayar harganya. Allahuakbar.
Maaf, Masa Tak Mengizinkan
Itu bahasa sasterawan negara. Dia kata masa tak mengizinkan. Sebenarnya, dia panggil apa? Apalah dalam ilmu saya belajar sastera dulu, lupa ilmu. Tapi maksudnya, kita memberikan watak kepada benda yang tak ada watak. Apa ekzos ekzos dah.
Yang pentingnya, bukan dia maksud masa tu tak izin tu. Bukan maksud maksud apa yang keadaanlah. Apa nama masa tak cukup, tapi dia guna dalam bahasa yang puitis. Dia kata masa tak mengizinkan saya. Bukan maksud dia izin tak izin tu masa, dia tak cuma datang masa tak cukup.
Tuan-tuan, masa tak cukup maksud keadaan masa itu tidak mengizinkan untuk saya terus menyambung ceramah. Itu maksud dia. Dia ringkas, orang Melayu hospital bersalin bukan hospital tu tiap-tiap bulan mengeluarkan anak, tapi wanita yang bersalin dalam dia.