Syiah Di Malaysia?
Ini bukan komen, ini mahu ceramah, tuan-tuan. Saya dah sebut banyak kali, ini simple untuk kita faham.
Satu Mazhab yang menyatakan semua leadership, kepimpinan, hanya berada di tangan satu keluarga saja, semua geng-geng Syed. Ini adalah satu mazhab yang, kalau guna istilah demokrasi, mereka akan marah. Tapi, ia bukan demokrasi. Agama yang menghormati syura, agama yang menghampiri pendapat, kalau ikut itu, semua geng-geng yang nak jadi pemimpin mesti Syed, hanya keluarga Nabi.
Apabila golongan Syiah di Malaysia cakap pasal demokrasi, saya kata mereka itu satu mazhab yang tidak demokrasi. Andaikan kritik sektarian mazhab yang tidak demokratik sebab dia telah melarang pemilihan luar daripada kelompok gerangan ahlul bait. Ahlul bait kita sayang, tapi kita sayang dengan kadar. Jangan sayang apa pun lebih dari yang sepatutnya.
Dalam dunia, ikut kadar dia. Sayang isteri ada kadar dia, sayang bapa pun ada kadar, sayang ibu ada kadar, sayang harta ada kadar. Sayang mutlak hanya kepada Allah Azzawajal. Sayang Nabi pun ada kadar. Kita sayang Nabi, kita tak boleh kata Nabi itu Tuhan.