Malam Lailatul Qadar: Kupasan oleh Dr. Asri

Malam Lailatul Qadar: Kupasan oleh Dr.  Asri

Tapi kebetulan, ia malam 27, dan kita tahu bahawasanya malam 27 ini telah dipilih oleh sebahagian di kalangan para ulama untuk ditargetkan sebagai malam Lailatul Qadar. Antaranya, Ibnu Abbas radhiallahu anhu. Ibnu Abbas membuat satu takwilan dengan menyatakan, seperti yang disebut oleh sebahagian mufasirin, bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebut Lailatul Qadar sebanyak tiga kali dalam Surah Al-Qadar: “Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadar.” Muhammad adra Kamal Lailatul Qadar. Lailatul Qadar, Ri Khairul bin al-Fisyah, diulang sebanyak tiga kali. Oleh kerana Lailatul Qadar ejaan ada sembilan huruf yang diulang sebanyak tiga kali, maka ia menjadi 27.

Berdasarkan takwilan itu, dia menganggap ia sebagai satu isyarat. Dia panggil, dan ini adalah tafsir isyari. Ini satu ilmu dalam tafsir yang membabitkan golongan Sufi. Ia seakan menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu pada malam yang ke-27. Walau bagaimanapun, daripada hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, kita dapat simpulkan bahawa yang penting adalah Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir. Kita perlu mencari pada sepuluh malam terakhir.

Tidak ada bagi Lailatul Qadar itu apa-apa dakwaan kononnya seperti dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini dah tidak ada. Dulu, pada malam 27, orang menyalakan pelita, tetapi sekarang pelita pun basah hujan, dan orang tak boleh buat. Namun, alhamdulillah, jika tidak hujan pun, orang sekarang ini tidak melakukannya. Khurafat-khurafat itu sudah banyak pergi; tidak ada lagi orang yang bercerita tentang malaikat Lailatul Qadar yang turun dan sujud hingga baju tersangkut di pucuk pokok.

Cerita-cerita karut seperti itu tidak lagi diceritakan oleh ustaz-ustaz, dan orang pun terbawa-bawa dengan cerita yang tidak ada asas. Lailatul Qadar ini bukan malam untuk pergi jumpa Santa Claus; bukan juga untuk berjumpa siapa-siapa. Ibadah pada malam berkenaan dapat pahala seribu bulan, bukan dengan pergi melihat pokok terbalik atau air jadi beku. Jika kita lakukan ibadah pada malam ini dan Allah takdirkan malam ini adalah Lailatul Qadar, pahalanya adalah seribu bulan.

Setengah orang dahulu mengatakan air jadi beku; sekarang ini, mereka yang tinggal di Kutub Utara juga merasa beku setiap malam. Namun, itu bukan Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah satu anugerah yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beribadah. Alhamdulillah.

Cara Mendapat Lailatul Qadar Bagi Orang Yang Berkerja Malam

Cara Mendapat Lailatul Qadar Bagi Orang Yang Berkerja Malam

Manusia ada berbagai-bagai keadaan, ya. Aa, kalau sekiranya macam yang saya kata tadi, kadang-kadang orang tu dia bertugas, tugas itu pun sebahagian daripada pahalanya. Mungkin apabila dia tahu malam ini malam Lailatul Qadar, dia kena jadi guard, dia ambil mudah dan ikhlaskan niatnya. Dia berkata, “Ya Allah, aku sebenarnya hari ini kena jadi jaga, bertugas. Aku nak pergi duduk di masjid tak boleh, tapi ibadat ini banyak istighfar, kan? Sebab itu kita ‘wabil Ashari mustaghfirun’, pada waktu sahur mereka beristighfar.”

Maka, dia pun beristighfar kerana terpaksa berdiri dan tak boleh nak solat. Dia boleh bertasbih, dan berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tetapi, seperti yang selalu saya sebut, Quran selalu menyebut pada waktu sahur beristighfar. Cubalah, tetapi agama bukan untuk dicuba, tetapi laluilah segala pengalaman. Tidak ada pengalaman lebih hebat daripada seorang yang melazimi istighfar. Allah akan membukakan untuk kita apa yang kita tak sangka dan akan memberikan kehidupan kepada kita apa yang orang tidak duga. Kehidupan itu bukan soal yang orang nampak dalam live yang kita buat ini. Amin.

Kehidupan ialah apa yang ada dalam dada kita. Syekhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah pernah berkata, “Aku bimbang orang yang tidak mendapat syurga di dunia ini, di dadanya, dia tidak mendapat syurga di akhirat kelak.” Sebab itu, manusia yang mukmin di dalam dadanya ada syurga, ada kenikmatan. Sebab itu, para sahabat Radhiallahu Anhu mereka terpaksa menghadapi macam-macam.

Kenapa Dr. Maza Sering Serang Pas Siang Dan Malam

Kenapa Dr. Maza Sering Serang Pas Siang Dan Malam

Okey, terima kasih. Saya serang PAS siang dan malam? Ha ha, mana dia? Okey, ada tak … Saya puji PAS, ha ha ha. Terutama yang terbaru, ha ha ha. Kadang-kadang bukan apa, kadang-kadang kita yang di bawah ni, orang panggil lebih lajak daripada laju, ya ha ha. Tak apa, saya ingat lagi yang ini, saya tak jawab benda apa buang masa, tapi saya ceritalah sikit. He he, saya tak tahu adakah saya pergi Kelantan atas undangan Hussam Musa? Ustaz Fadli undang saya, dan saya kadang-kadang berjumpa dengan Tok Guru. Dia juga antara yang atur saya apabila berjumpa dengan Tok Guru di sini. Dan saya ada banyak pertemuan-pertemuan, dia juga tahu bahawa saya dengan Tuan Guru …

Okey, kemudian pergi di Arau, tak ada zikir? Oh, susah hati kita, ha ha ha. Kalau kita pergi di masjid Perlis, kita akan tengok semua tempat dia tulis zikir selepas solat, dengan siap semua ada di dinding. Cumanya zikir depa tak kuat, entah tak dapat dengarlah, boleh kurang Masjidil Haram lah. Dan ada juga di Perlis yang zikir kuat, masjid dia dan tok imam dia tak pernah kena pecat masa duk sambung papan jin, ha ha.

Yasin Malam Jumaat

Yasin Malam Jumaat

Macam kita kata, “Siapa yang buat sekian-sekian akan dapat markah lebih dalam peperiksaan,” kita kena tanya kawan yang kita beritahu itu, siapa yang bagi tahu? Pensyarah yang mengajar subjek itu atau tidak? Kalau kita tak percaya, bukan kita yang bagi markah, yang bagi markah adalah pensyarah.

Jadi, bila kita kata baca Yasin malam Jumaat ada khasiat lebih, kita kena tanya pemberi khasiat itu. Pemberi faedah atau fadilat siapa? Yang bagi fadilat ini Allah Subhanahuwataala. Jadi, kita kena tengok dalam Quran, ada tak disebut dalam Quran bahawa baca Yasin malam Jumaat ada khasiat lebih? Kalau tak ada, kita kena tengok dalam hadis, ada tak disebut dalam hadis? Kalau ada dalam hadis, barulah kita kata begitu. Jangan buat dakwaan tanpa asas.

Yusuf Qaradhawi dan Malam Nisfu Sya’aban

Yusuf Qaradhawi dan Malam Nisfu Sya’aban

Apa kata Qardhawi?

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat bahawa mereka itu berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu, dan solat tertentu seperti yang kita lihat di sebahagian negeri orang Islam. Bahkan, di sebahagian negeri orang Islam, berkumpul pada malam tersebut selepas solat maghrib, mereka membaca surah Yasin dan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur, 2 rakaat lain dengan niat tidak bergantung pada manusia. Kemudian, mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf, iaitu doa yang panjang dan menyanggahi nusyuz, yakni al-Quran dan sunah. Juga percanggahan dan bertentangan maknanya. Perhimpunan malam Nisfu Syaaban yang kita lihat dan dengar berlaku di negeri orang Islam ini adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam Nas. Segala kebaikan itu ialah mengikuti salam, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diada-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

Kenapa Dr. Maza Sering Serang PAS Siang Malam

Kenapa Dr. Maza Sering Serang PAS Siang Malam

Cumanya, zikir depa tak kuat entah, tak dapat dengarlah, boleh kurang Masjidil Haram lah. Dan ada juga di Perlis yang zikir kuat, masjid dia dan tok imam dia tak pernah kena pecat masa duk sambung papan jin. Ha ha. Raja diserang pun tanya saya? Yang ni pi tanya hak seranglah, ha ha. Tapi saya kena gadai ni tabiat.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak