Nazar Yang Makruh Dan Yang Sunnah
Kenapa nazar makruh? Nazar makruh seperti mana kata Aisyah radhiallahu anha, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang daripada nazar. Nazar yang makruh ini adalah nazar yang ada tukar ganti, contohnya, “Kalaulah aku dapat projek ini, aku puasa sebulan.” Atau, “Kalau aku berjaya dalam peperiksaan ini, aku puasa dua minggu.” Atau, “Kalau anak aku dapat 10A, aku puasa lima hari, aku sedekah RM500.”
Ini adalah makruh. Nabi kata ia tak menambahkan apa-apa melainkan mengeluarkan duit daripada orang yang jahil dan bakhil sahaja. Kenapa makruh? Sebab ia seperti taruhan dengan Tuhan. Seolah-olah kita berkata, “Ya Allah, kalau Kau bagi aku macam ini, aku akan buat macam ini.” Ia makruh kerana seakan-akan kita bertaruh dengan Tuhan, dan Tuhan bukan untuk dibuat taruhan.
Para ulama, berdasarkan riwayat Aisyah itu, memakruhkan nazar. Quran sebut tentang orang yang baik itu yang menunaikan nazar. Tetapi, nazar macam ini tak ada. Contohnya, “Aku bernazar tahun ini untuk sedekah RM1,000,” sebab apa? Tak ada nazar ini. Dia saja nak ikat diri, tak ada kaitan dengan kalau dapat sesuatu atau tidak. Nazar ini yang dinazarkan oleh para ambiya. Nazar ini bagus, sunnah. Wallahu Taala a’lam. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi Muhammad. Alhamdulillah.