Jika Isteri Mahu, Suami Tidak Mahu? Pandangan Dr. Asri
Kalau isteri pula panggil suami ke tempat tidur, tetapi suami tak datang, dia kena laknat. Tak ha, tak kena? Sepatutnya kena juga. Sepatutnya, suami juga perlu bertanggungjawab. Ha, Nas ini untuk siapa? Tak adil ke? Ha, adil ke? Nabi bercakap dalam satu konteks. Yang pertama, biasanya hubungan ini dimulakan oleh pihak lelaki.
Hadis ini juga menunjukkan kekuatan wanita untuk menahan hubungan lebih hebat daripada lelaki. Wanita, dalam banyak keadaan, lebih mampu mengawal diri mereka berbanding lelaki. Sebab itulah ramai lelaki, isteri tak ada, atau isteri ini dua tiga minggu pun sudah pening kepala. Kadang-kadang, wanita boleh bertahan sehingga empat bulan, lima bulan, suami tiada, tetapi mereka masih lagi sabar. Ada betul tak? Ha, betul, ini benar.
Sekiranya saya salah, ha, ha, ha, ha, ini ertinya hadis ini betul. Jadi, Nabi cakap dalam konteks itu. Dalam konteks itu, kadang-kadang orang ini bila dia baca sekarang, banyak hak wanita. Apa dia kata? Nabi tak adil. Nabi cakap dalam satu konteks yang kedua, kemampuan wanita berbeza dengan lelaki. Walaupun kadang-kadang wanita tidak berasa bahagia, mereka mampu untuk melunaskan perkara ini untuk suaminya.
Namun, jika suami tidak mampu, saya rasa banyak tuan-tuan faham sendiri. Jika suami tidak mampu memenuhi tanggungjawabnya, agama mengatakan laknat. Dia harus tanya diri sendiri. Ini adalah sesuatu yang mungkin di luar keupayaannya. Namun, jika isteri menuntut, adalah wajib bagi suami untuk memenuhi kehendaknya. Jika suami tidak berusaha dan gagal, maka suami berdosa.
Setiap suami yang tidak mampu melakukan hubungan dengan isteri, isteri berhak mengangkat kes supaya perkahwinan mereka dipisahkan. Dia boleh memberitahu, “Saya tidak mahu,” dan pergi kepada hakim. Hakim akan mendengar sebabnya. Jika hakim mendapati suami tidak mampu melunaskan tanggungjawab ini, maka perkahwinan boleh dipisahkan. Namun, hakim harus pantas dalam menjalankan tanggungjawab ini. Jangan sampai kes yang berlarutan sepuluh tahun, lima belas tahun baru selesai. Ini adalah isu yang sangat penting.
Ayah Tidak Mahu Jadi Wali
Baik, kita pergi secara umumlah. Kalau ayah tak mahu jadi wali, boleh nikah, tapi kena apply dulu, minta dulu dengan ayah pihak kadi, pihak imam minta dengan ayah. Bila ayah tidak mahu juga, berkeras juga tak mahu jadi wali, barulah boleh pakai wali hakim. Faham tak?
Hukum Isteri Tak Mahu Beranak
Hukumnya makruh bila kalau dia tidak ada penyakit. Kalau dia ada penyakit, harus. Okey, kerana apa makruh? Kerana Nabi nak suruh beranak ramai. Kerana tu Nabi sabda, “Inkahu al-waluda,” kahwinlah perempuan yang beranak acap, yang selalu beranak. Kalau boleh, bini kita 2-3 kali beranak, ambulans tak balik dah.