Zikir Yang Hapuskan Dosa Sebanyak Buih Di Lautan
Jadi, zikir akan menyebabkan dosa-dosa itu gugur. Tapi dosa-dosa tu dosa-dosa kecillah. Eh, tadi sebut dosa, tapi kenapa ustaz kata dosa kecil? Sebab hadis kena dibaca dengan hadis lain. Dia tak boleh dibaca berasingan. Dalam hadis yang lain, Nabi kata, “Mukaffiratul ma baina al-jumu’ataini ma lam tuqtaraf al-kabair,” yang bermaksud, “Solat Jumaat ke solat Jumaat, solat antara solat, Ramadan ke Ramadan, boleh mengampunkan dosa yang berlaku di antara keduanya jika dia meninggalkan dosa besar.”