Jiwa Feudal Melayu: Kupasan oleh Dr. Asri
Teruk ke raja, sultan mana, marilah dia tolong mendapat restu baginda. Apa baginda, restu besar baginda? Ada orang ini nak cadang hukum hukuman mati pula? Ini adalah satu fikiran yang sangat tidak masuk akal dalam pemikiran Melayu. Saya bukan sokong orang yang bercakap terhadap sultan, tetapi jika orang kritik sultan, takkanlah nak suruh hukuman mati?
Macam 1 YB yang lompat parti tu, saya bukan sokong mana-mana parti, tetapi orang tidak berkata apa. Jawablah, orang pernah kritik Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi kecil hati, tetapi Nabi tidak bunuh dia, walaupun Khalid kata, “Biar aku pancung kepala dia.” Rasulullah tidak bunuh dia.
Begitu juga, orang pernah kritik Umar bin Khattab. Umar tidak bunuh dia. Sahabat ingatkan Umar nak marah, tetapi Umar berkata, “Wahai Amirul Mukminin, dia… apa nama fakta itu? Tak ada! Wahai Umar, engkau tidak adil.” Dia geram, tetapi adil. Baju pun koyak, bukan pakai kereta besar-besar. Marah amal, orang kata, “Ya Amirul Mukminin, Tuhan kata, ‘Wa Arif Anwar Jahilin,’ berpalinglah engkau daripada orang jahil ini.”
Perbuatan orang jahil Allah turunkan tangannya. Tiba-tiba, ada satu orang, satu kelompok manusia di kalangan orang Melayu yang bukanlah maksum. Banyak benda, jika nak kata tidak boleh dikritik, tidak boleh diberi pandangan. Demi Allah, sahabat lebih mulia daripada hamba. Dan demi Allah, debu yang ada di hidung para sahabat lebih mulia daripada kebanyakan sultan dan raja yang ada di dunia ini.
Siapa nak kata apa? Tak mahu bagi tahu, memang aku tidak tolong pun. Saya bukan hangpa ni, jiwa Firdaus. Biarlah, tidak suruh-suruh biadab, tidak suruh orang maki, tetapi orang bagi pandangan. Takkanlah tak boleh bagi pandangan yang berbeza?
Nak hidup benda macam ini, pi hidup zaman hang tua lah. Sampai-sampai, Sultan Melaka suruh pi curi anak dara orang. Tun Teja pun pi. Takkan yang tu contoh pahlawan Melayu? Jika itu contoh pahlawan Melayu, teruklah Melayu.
Malam Lailatul Qadar: Kupasan oleh Dr. Asri
Tapi kebetulan, ia malam 27, dan kita tahu bahawasanya malam 27 ini telah dipilih oleh sebahagian di kalangan para ulama untuk ditargetkan sebagai malam Lailatul Qadar. Antaranya, Ibnu Abbas radhiallahu anhu. Ibnu Abbas membuat satu takwilan dengan menyatakan, seperti yang disebut oleh sebahagian mufasirin, bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebut Lailatul Qadar sebanyak tiga kali dalam Surah Al-Qadar: “Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadar.” Muhammad adra Kamal Lailatul Qadar. Lailatul Qadar, Ri Khairul bin al-Fisyah, diulang sebanyak tiga kali. Oleh kerana Lailatul Qadar ejaan ada sembilan huruf yang diulang sebanyak tiga kali, maka ia menjadi 27.
Berdasarkan takwilan itu, dia menganggap ia sebagai satu isyarat. Dia panggil, dan ini adalah tafsir isyari. Ini satu ilmu dalam tafsir yang membabitkan golongan Sufi. Ia seakan menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu pada malam yang ke-27. Walau bagaimanapun, daripada hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, kita dapat simpulkan bahawa yang penting adalah Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir. Kita perlu mencari pada sepuluh malam terakhir.
Tidak ada bagi Lailatul Qadar itu apa-apa dakwaan kononnya seperti dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini dah tidak ada. Dulu, pada malam 27, orang menyalakan pelita, tetapi sekarang pelita pun basah hujan, dan orang tak boleh buat. Namun, alhamdulillah, jika tidak hujan pun, orang sekarang ini tidak melakukannya. Khurafat-khurafat itu sudah banyak pergi; tidak ada lagi orang yang bercerita tentang malaikat Lailatul Qadar yang turun dan sujud hingga baju tersangkut di pucuk pokok.
Cerita-cerita karut seperti itu tidak lagi diceritakan oleh ustaz-ustaz, dan orang pun terbawa-bawa dengan cerita yang tidak ada asas. Lailatul Qadar ini bukan malam untuk pergi jumpa Santa Claus; bukan juga untuk berjumpa siapa-siapa. Ibadah pada malam berkenaan dapat pahala seribu bulan, bukan dengan pergi melihat pokok terbalik atau air jadi beku. Jika kita lakukan ibadah pada malam ini dan Allah takdirkan malam ini adalah Lailatul Qadar, pahalanya adalah seribu bulan.
Setengah orang dahulu mengatakan air jadi beku; sekarang ini, mereka yang tinggal di Kutub Utara juga merasa beku setiap malam. Namun, itu bukan Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah satu anugerah yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beribadah. Alhamdulillah.