Kuku dan Rambut bagi Wanita: Panduan Dr. Asri
Tuan-tuan, seminggu satu hadis. Dah lagipun, tuan-tuan semua sudah alim. Banyak-banyak, ah, ada soalan tak?
Boleh tak perempuan haid potong kuku dan rambut? Mereka boleh potong kuku dan rambut, dan tidak ada masalah. Ada yang kata tak boleh potong sampai panjang, tetapi itu tidak ada alasan yang kuat.
Bolehkah wanita yang haid membaca Quran? Ini adalah khilaf di kalangan para ulama dalam masalah ini. Minggu lepas, kita ada sebut sikit tentang khilaf di kalangan ulama dalam hal ini. Sebahagian mereka menyatakan tidak boleh, manakala sebahagian yang lain menyebut boleh.
Larangan yang menyatakan “latakraul Quran” bagi wanita haid dianggap oleh sebahagian ulama hadis sebagai riwayat yang tidak kukuh kerana terdapat Ismail bin Ayash sebagai rawi dalam riwayat itu. Maka, dengan itu, mereka berpendapat tidak ada nas yang jelas melarang wanita haid membaca Quran.
Memang benar, wanita haid tidak boleh sembahyang, itu confirm. Wanita haid juga tidak boleh berpuasa, itu pasti. Namun, wanita haid boleh berzikir dan mengingati Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kemudian, timbul pandangan yang menyatakan wanita haid tidak boleh membaca Quran. Sebahagian para ulama berpegang kepada pandangan ini. Namun, pendapat yang menyatakan wanita haid tidak boleh membaca Quran hendaklah ditegakkan atas dalil. Bagi ulama yang menerima hadis yang melarang wanita haid membaca Quran, mereka mengatakan tidak boleh.
Tetapi, bagi sebahagian ulama hadis, mereka menganggap hadis tersebut adalah daif. Oleh itu, mereka berpendapat wanita haid boleh membaca Quran. Jika ditanya pendapat saya dalam hal ini, saya berpendapat Allahu Ta’ala alam.
Tiada dalil yang jelas dalam hal ini yang melarang wanita haid membaca Quran. Maka, kita berpendapat, Allah Ta’ala alam bersama dengan pendapat para ulama lain yang menyokong pendapat bahawa wanita haid boleh membaca Quran.