Kesesatan Yang Nyata Bagi Yang Menolak
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kata haram dikumpulkan laki-laki dan perempuan untuk anjur konsert. Sukan yang melampau, batal faham permukaan aurat yang tidak dibenarkan oleh syarak. Nabi kata haram. Umat sekarang kata molek, pakat sokong ramai-ramai, pakat gi tengok belaka. Semua ni, semua orang derhaka kepada Nabi Muhammad, derhaka kepada Allah, maka sudah tentu menjadi sesat. Setuju ataupun tidak, tetap menjadi sesat.
Walman yaqsilah wa Rasulullah dalalan mubina. Barang siapa tak ikut perintah Allah, tak ikut perintah rasul, maka sungguhnya telah sesat akan sebagai sesat yang sangat terang jelas. Nak kita nak kata sesat pun tetap sesat kerana Quran telah menjelaskan. Sebab tu, kita belajar, kita dengar ulama, dengar tok guru supaya kita tak jadi sesat.
Kesesatan Ikhwanul Muslimin
Sekarang, tuan-tuan, manusia ni macam ni. Ada kumpulan yang mempunyai banyak sumbangan, dan ada juga beberapa perkara yang kurang tepat. Janganlah kerana satu dua perkara yang kurang tepat itu, kita nak hukum keseluruhannya.
Selagi mana satu dua perkara yang kurang tepat itu bukan dianggap arus perdana, kadang-kadang itu tohmahan sahaja. Saya tengok sebahagian tohmahan bukanlah untuk membela Hasan al-Banna, tetapi kadang-kadang tohmahan itu tidak adil. Hasan al-Banna lahir di dalam suasana negara Mesir yang dipenuhi dengan tarekat dan kesufian. Dia pula bukan syeikh besar masa itu, hanya seorang guru di sebuah sekolah.
Sedangkan syeikh-syeikh yang lain tidak bangkit untuk meluruskan perkara itu. Tidak cukup kekuatan al-Banna untuk membetulkan hal itu. Namun, kita tengok dia cuba membetulkannya. Buktinya, cuba baca Usul Isyrin (Usul 20) Hasan al-Banna tentang mimpi, karamah, dan kasyaf bukan hujah syarak.