Maulana Asri Yusoff: Benarkah Gerakan Wahabi Menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah?
Tak ada, ada juga. Saya terbaca malam tadi yang mengatakan bahawa gerakan Wahhabiyah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah jatuh. Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut? Sebenarnya, saya ada terbaca dalam satu buku yang ditulis oleh Maulana Mazrul Rahmani, iaitu “Muhammad bin Abdul Wahab dan Pandangan Ulama-ulama Besar India terhadap Beliau”. Dalam buku itu, dinyatakan bahawa yang benar-benar memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyah ialah Syarif Hussein.
Syarif Hussein ini merupakan wakil pemerintah khalifah di Turki. Dia, atas arahan Inggeris, menyerang dan menceroboh kerajaan tersebut untuk menjatuhkannya. Dalam sejarahnya, buku itu menyebut Maulana Mahmudul Hassan, Syeikhul Hind, yang merupakan antara mereka yang ingin menyokong supaya kerajaan Uthmaniyah tetap tegak dan tidak jatuh pada masa itu. Dia pergi ke Arab Saudi, lebih tepatnya ke Hijaz. Sesampainya di sana, atas nasihat Inggeris, Syarif Hussein telah menangkap mereka yang ingin mempertahankan sistem khilafah Islam di Turki yang berpusat di sana.
Sebenarnya, cerita ini tidak ada kena mengena dengan Muhammad bin Abdul Wahab ataupun kerajaan Ibn Saud. Ada pihak ketiga yang terlibat, iaitu Syarif Hussein. Jika kita perhatikan, keturunan Syarif Hussein sekarang berada di Jordan. Mereka adalah anak cucu Syarif Hussein.
Kalau tuan-tuan ingat, di belakang mereka ada aman mesej, kononnya untuk menaikkan semula keturunan Nabi supaya memerintah dan menjatuhkan kerajaan Arab Saudi. Namun, jika kita lihat dari segi peribadi mereka, isteri Syarif Hussein bukan orang Arab, malah cucu cicitnya juga bukan. Cara hidup mereka tidak mencerminkan Islam seperti yang dipraktikkan oleh kerajaan Arab Saudi yang memerintah. Jauh sekali dari segi kekuatan berpegang kepada agama dan menegakkan ajaran Islam. Mereka juga tidak menggunakan undang-undang Islam dalam pemerintahan mereka. Itulah sebenarnya cerita di sebalik isu ini.
Apa Kelebihan Kerajaan Baru PH
Tapi ini adalah kita bukan menafikan, kalau orang tanya ada positif tak kerajaan sekarang ni, ada banyak positifnya juga. Banyak kebebasan bersuara yang diberikan yang tak diberikan pada zaman yang lepas. Kita kena akui, banyak juga usaha-usaha memperkukuhkan institusi-institusi tertentu. Kita nampak SPRM lebih berani kan, orang macam lebih takut dengan rasuah, pemimpin-pemimpin lebih mudah untuk dikritik. Walaupun ada kelemahan, tetapi ini semua kredit yang patut kita iktirafkan, kan?
Orang-orang yang lain yang boleh bersuara, boleh bersuara. Cuma, bila dah lama pegang, dah dekat setahun, ni adalah pegawai-pegawai menteri yang baru belajar pakai tie. Dia jadi berlagak lebih pula, lebih pada orang lagi. Ha ha. Itu saja. Yang duk syok, duk ugut orang, ni baru masuk belajar masuk pejabat. He he, dulu duduk kat luar, beza ni. Itu tak baguslah kan. Tapi menginsafi bahawa kerajaan menawarkan sesuatu yang lebih baik, kita tidak pertikai di sudut usaha-usaha yang baik diberikan markah yang positif.
Yang kita pertikai ialah perkara-perkara yang tak wajar, yang menimbulkan isu-isu perkauman yang melampau di kalangan sebahagian parti-parti tertentu. Ini yang kita pertikaikan sehingga menimbulkan ketegangan, mempertikaikan soal kedudukan Islam, identiti negara. Itu yang kita pertikaikan.
Patutkah Kerajaan Perangi Orang Tak Bayar Zakat
Saya setuju kerajaan bertindak terhadap orang yang tak bayar zakat jika mereka wajib membayar zakat. Kalau orang tak bayar zakat, kita kena suruh mereka bayar zakat dan kita kena beri peluang untuk mereka bayar zakat di banyak tempat.
Abu Bakar memerangi orang yang tak bayar zakat pada zamannya. Cuma apabila kita nak laksanakan perkara yang seperti itu, ia agak susah sedikit. Memerangi ini maksudnya kita bertindak pada orang yang tak bayar zakat. Kita boleh bertindak dalam negara ini, mungkin mudah sebab LHDN kita telah bertindak, tapi kadang-kadang orang akan persoal.
Kalau Islam itu kadang-kadang kelihatannya tidak komprehensif dalam pelaksanaan, misalnya solat kita tak tekan sangat, yang lain kita tak tekan, tapi tentang zakat kita tekan. Tak apa, kita boleh tekan zakat, tapi kita juga dalam masa yang sama kena buktikan bahawasanya ada pelaksanaan pembahagian zakat yang baik.