Pakai Tutup Kepala Ketika Solat: Hukum dari Dato’ Dr. Maza
Apa hukum memakai tutup kepala dalam solat ataupun di luar solat? Tuan-tuan, dalam banyak riwayat, kita dapat lihat bahawa golongan Salaf dahulu memang suka memakai tutup kepala. Namun, perkara ini terpulang kepada masing-masing. Sebahagian mereka berpendapat bahawa ia ada kaitan dengan adat dan budaya.
Ulama-ulama di Andalus, contohnya, kurang menekankan soal ini kerana budaya mereka yang berbeza. Jadi, jika orang bertanya, “Pakai kopiah tu apa pandangan masyarakat kita?” kita perlu memahami konteks. Jika kita berada di tempat yang biasa, seperti di kampung, mungkin akan ada pandangan berbeza. Contohnya, orang tua atau tok guru kita sering kali memakai kopiah. Jika kita tidak memakainya, mungkin akan dianggap janggal.
Di kampung, ada juga yang beranggapan bahawa tidak sah untuk mengajar jika kita tidak memakai kopiah. Namun, jika kita berada di tempat yang tidak mempunyai budaya tersebut, seperti di Eropah, kita boleh berfikir dengan lebih terbuka. Saya kadang-kadang berasa bahawa tidak memakai kopiah pun tidak menjadi masalah.
Banyak salah sangka yang boleh menyusahkan, terutamanya apabila seseorang memasuki tempat baru dan berhadapan dengan tanggapan negatif, seperti dianggap teroris hanya kerana penampilan. Dalam hal ini, kita perlu ingat bahawa Islam mengajarkan kita untuk memudahkan. Nabi Muhammad SAW, apabila diberi dua pilihan, selalu memilih yang lebih mudah. Aisyah RA juga mengakui bahawa Rasulullah SAW tidak pernah memilih sesuatu kecuali yang lebih mudah, selagi mana ia tidak berdosa.
Oleh itu, dalam konteks kita, adalah penting untuk kita memahami bahawa pemakaian tutup kepala adalah perkara yang boleh berbeza mengikut budaya dan situasi. Kita harus bijak menyesuaikan diri tanpa mengabaikan nilai-nilai Islam yang sebenar.
Isu Lilit Putih Di Kepala Ketika Berkabung
Ini berkabung sempena kematian kerabat diraja atau seumpamanya, seperti 40 hari ini, semua bercanggah dengan syarak. Ini semua bercanggah dengan syarak, bercanggah dengan syarak, bercanggah dengan syarak. Tak pernah agama ajar benda ni. Yang boleh berkabung ialah isteri yang kematian suami, lain daripada tu tak ada.
Berkabung dengan memakai kopiah, songkok ikat putih, atau bubuh bendera separuh tiang, pakai baju hitam, semua ni tak termasuk dalam ajaran agama. Bercanggah.
Saya pergi tu dah tanya ni, saya pergi tu bukan pergi berkabung, bukan pergi berkabung, bukan pergi berkabung. Saya pergi mewakili Istana Perlis ke Istana Johor, jadi pergi ke sana, ikut protokol. Protokol nak masuk ke dalam istana tu, itu pakaian dia. Bercanggah. Jadi, kita yang tak ada pakai, tak payah duk lilit kepala lah. Kita pun lilit tu masa nak masuk tu je lah. Bercanggah.