Kembali Kepada Sifat Agama Yang Mudah
Kita ingin mengajarkan fiqh yang mudah bagi masyarakat moden Islam dan bersama-sama dengan semua orang yang menyeru kepada fiqh yang mudah untuk generasi moden Islam. Ini bukan kerana ini sesuatu yang baru, tetapi itulah yang diseru oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Setelah beberapa ratus tahun, pada suatu ketika zaman Islam mudah, banyak kitab fiqh telah ditulis. Sebahagian para fuqaha kelihatannya kurang ada tugas, dengan maaf cakap, lalu mereka menulis kitab-kitab yang kelihatannya menokok tambah perkara yang susah.
Maka tuan-tuan tengoklah, ada bab yang menyatakan syarat-syarat sah takbiratul ihram. Pada yang demikian itu, ada 17 syarat. Belum lagi sembahyang, nak takbir dah ada 17 syarat. Sebab itu ada yang takbir 3-4 kali, 10 kali Allahu Akbar, dia ingat syarat 1, syarat 2, syarat 3, syarat 4. Apa aku buang syarat 17? Minta maaf orang Tabung Haji, itu yang kursus haji sampai 8 bulan. Haji nak buat berapa hari je, kursus haji ni patut 3-4 hari je. Mana sampai berbulan-bulan?
Membayar Hutang kepada Orang Yang Sudah Meninggal
Mohon penjelasannya. Sebaiknya kita memberi kepada ahli warisnya. Kalau orang tersebut sudah meninggal, berarti uang tadi berpindah kepada ahli warisnya. Kalau ahli warisnya tidak ada, kita kasih kepada siapa saja dengan niat pahala untuk orang tersebut. Tapi kalau ada ahli warisnya, seharusnya ahli waris yang menerima
Sedekah Kepada Orang Tak Solat
Ulama-ulama telah menyebut bahawasanya dapat pahala bersedekah kepada orang kafir, dapat pahala. Ada orang kafir dalam kampung kita susah miskin, kita sedekah dapat pahala. Key, tetapi afdal sedekah kepada orang-orang yang takut kepada Allah. Maknanya, kalau orang tak sembahyang tapi orang beriman,