Keluar 3, 40 Hari Anak Bini Tak Makan Berdosa
Rahib, rahib ni tak ada dalam Islam, kot. Kata pi duk bersila, duduk di masjid, duk bertawakal. Tak ada agama yang kenal benda ni. Kot nak pi duduk, dah ada kerja, duit dah banyak dalam bank, nak pi keluar 3 hari, dah masing-masing, bini di rumah memang ada makan, tak apalah.
Tapi kalau sekiranya bini di rumah tak ada makan, anak-anak tak ada makan, hang keluar 3 hari, hang berdosa.
Kalaulah, harap-harap duk keluar tu, dia dah ada makan. Nak tambah hampir keluar sampai 40 hari, tak apalah, tawakal Allah, Bismillahirrahmanirrahim. Malaikat Jibril hantar mai, tak berlaku kepada Maryam di mihrab. Tuhan hantar mai kat dia, tu pun Nabi Zakaria hairan, mai kot mana, pasal ia luar daripada kebiasaan.
Sudah Solat Tahiyatul Masjid, Perlukah Ulang Semula Jika Keluar Masjid Untuk Berwudhu?
Jika dia keluar daripada masjid untuk mengambil wuduk di luar, dan kemudian masuk semula ke dalam masjid, dia perlu kembali menunaikan solat tahiyatul masjid.
Para ulama berbeza pendapat tentang solat tahiyatul masjid ini. Ada yang mengatakan ia adalah solat khas, manakala yang lain berpendapat apa-apa saja solat yang ditunaikan sebelum duduk di dalam masjid sudah memadai. Secara umumnya, apa-apa solat yang ditunaikan sebelum seseorang duduk di dalam masjid dianggap sah sebagai tahiyatul masjid. Maksudnya, seseorang itu tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid dan terus duduk tanpa menunaikan solat terlebih dahulu.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, disebutkan bahawa seorang lelaki datang dan masuk ke dalam masjid, kemudian terus duduk sedangkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sedang berkhutbah. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam lalu berkata, “Bangun dan solatlah dua rakaat,” sedangkan baginda sedang berkhutbah. Maka, pendapat yang kuat dalam masalah ini, termasuk dalam mazhab Malik, adalah bahawa sesiapa yang masuk ke dalam masjid hendaklah solat sebelum dia duduk.
Bid’ah Jalan Keluar Daripadanya
Perkara ini semua ada kaitan dengan kita. Kaitan ilmu ini tidak boleh dilihat kepada orangnya, tetapi hendak dilihat kepada angka dan faktanya. Jika kita nak mendengar cakap semua orang yang bergelar ustaz, maka sukarlah kita kerana macam-macam pendapat akan timbul dan macam-macam pandangan akan muncul. Ustaz ni kata macam ni, ustaz ni kata macam tu. Ustaz ni pula kata lagi banyak mengaji, lagi pening.