Kubur Keldai Di Jadikan Kubur Wali

Kubur Keldai Di Jadikan Kubur Wali

Saya pernah duduk-duduk dan dengar orang bercerita. Ada dua orang sahabat baik yang sama-sama mencari rezeki. Entah bagaimana, dalam satu perjalanan, keldai mereka mati. Mereka pun menggali kubur, buat lubang, dan tanam keldai mereka. Lepas tanam, mereka berbincang dan berkata, “Kita buat elok-elok, kita habaq ini kubur wali.”

Mereka pun balik dan mula menyebarkan cerita bahawa di tempat itu adalah kubur seorang wali. Lama-kelamaan, ramai orang mula percaya dan datang ke tempat itu. Setiap orang yang datang meletakkan duit di situ. Dua sahabat tadi mula mendapat keuntungan.

Namun, selepas sekian lama, mereka bergaduh berebut pasal duit. Seorang kata dia ambil sikit, seorang lagi nafi dan tuduh kawan dia ambil lebih. Salah seorang daripada mereka berkata, “Kalau betul kau tak ambil lebih, mari kita sumpah di kubur wali.” Kawan dia balas, “Eh, hang lupa, itu keldai kita!”

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak