PAS, UMNO, KEADILAN & NGO: Jadikan Islam Teras Utama – Dr. Maza

PAS, UMNO, KEADILAN & NGO: Jadikan  Islam Teras Utama – Dr. Maza

Orang Arab dapat dibaiki; bangsa yang teruk dapat dibaiki dengan Islam. Hari ini, orang Melayu berbalah. Semua kata ini kembali kepada institusi raja-raja Melayu. Ini kata balik pada kongres bahasa Melayu, dan ini kata balik kepada berapa prinsip Melayu. Ada pantun Melayu dan ada syair Melayu. Kita kata, “tak penting.” Islam memang tidak memusuhi bangsa, dan Allah Taala yang menjadikan manusia berbangsa-bangsa.

Namun, manusia tidak mulia dengan bangsanya. Jika dia nak mulia, mulialah dengan Islam. PAS, UMNO, semua parti keadilan, dan semua NGO datang kepada noktah Islam. Apa kata Islam dalam masalah ini? Apa penyelesaian? Menurut Islam, semua orang jangan tafsirkan agama berdasarkan apa yang dia mahu, partinya mahu, ataupun mazhabnya mahu. Tafsirkan agama itu berdasarkan apa yang adalah Nas agama.

Kemudian, kita nak tengok siapa yang salah. Dia kena akur dia silap dan kembali kepada agama. Jika tidak, banyaklah kongres yang dibuat lagi, dan untunglah hotel-hotel yang disewa. Hari ini, saya sebut perkara yang sama: Islam mesti menjadi matlamat, dan ia bukan alat. Islam mesti menjadi matlamat.

“Innosolati, wanozuki, wan mahyaya, bimahtal lillahi rabbal alamin.” Islam mesti menjadi matlamat sekarang. Apabila Islam menjadi alat, ia digunakan hanya apabila kita nak ada tujuan yang ingin dicapai. Dalam majlis, kita panggil lebai untuk baca doa. Selepas itu, buatlah lebih baik, kurang orang mati daripada duk saja-saja.

Jangan hanya panggil orang untuk baca Quran; Quran itu bukan matlamat. Jika Quran menjadi matlamat dalam hidupnya, dia perlu melihat apa yang Quran kata. Namun, oleh kerana Quran menjadi alat, baru orang ingat untuk membacanya apabila mati.

Tuan-tuan, bacalah Quran. Jangan hanya mendengar ustaz dibayar untuk membaca Quran. Allah Taala cerita tentang solat dan puasa; mayat tidak boleh bangkit kembali untuk solat atau puasa. Masa hidup, patut dengar.

Ingat, Quran menyelamat. “Al-Quran hujah tun laka, au hujah tun alaika,” kata Nabi dalam hadis Muslim. Quran itu menjadi hujah kamu untuk menyokong dan membela, ataupun hujah untuk Allah mengambil tindakan terhadapmu. Kita mesti banyak berusaha.

Letakkan Landasan Yang Jelas Atas Keadilan Dalam Islam

Letakkan Landasan Yang Jelas Atas Keadilan Dalam Islam

Saya ingin mengambil titik tolak daripada isu ini kepada satu perkara yang lain, iaitu kempen kita. Kita tidak mendidik masyarakat hanya dengan hukum, tetapi kita membentuk masyarakat dengan akidah. Kita perlu menguatkan akidah, bukan hanya siasah. Setelah orang memahami akidah dan memahami Islam, maka ini mesti digerakkan oleh semua pendakwah Islam. Apabila kita kempen, kita terangkan apa itu akidah Islam.

Saya tidak bercakap tentang sama ada akidah Islam itu ayat sifat atau bukan ayat sifat. Saya membincangkan tentang syirik dan bukan syirik, dan tentang perasaan hamba dalam menerima hukum Allah Azza wa Jalla serta tanggungjawab hamba terhadap Allah. Kemudian, kita perlu memahami fiqh Islam. Setelah akidah, memahami keluasan fiqh Islam adalah penting.

Apabila hukum dilaksanakan dalam masyarakat yang benar-benar boleh berinteraksi dengan positif, maka ia akan memberikan penyelesaian. Namun, jika masyarakat yang hendak dilaksanakan itu tidak bersedia, maka ia akan menimbulkan masalah. Saya tidak tahu sama ada laporan antarabangsa ini benar atau tidak, tetapi dilaporkan bahawa orang pertama yang dikenakan hukuman potong tangan adalah seorang yang mencuri basikal kerana dia miskin. Dia dipujuk untuk mengaku supaya hukum potong tangan dilaksanakan. Apabila dipotong, dia dibayar dengan bayaran yang banyak, dan dia pun suka daripada mencuri. Ini menurut laporan mereka.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak