Mengapa Kristian Dilarang Menyebut Allah Sedangkan Dalam Bible Ada Kalimah Allah
Sebenarnya, kalau kita pergi ke negeri Arab, orang Arab yang Kristian memang panggil Tuhan mereka Allah. Saya ada Bible yang berbahasa Arab, dan dalamnya tertulis Allah. Pada zaman Nabi Muhammad, orang Kristian datang jumpa dengan Nabi Muhammad, dan mereka panggil Tuhan mereka Allah. Nabi Muhammad tak pernah marah mereka; itu memang hak mereka. Bahkan, ketika itu, orang bukan Islam, orang Arab, semua panggil Tuhan mereka Allah. Jadi, tak ada masalah untuk orang bukan Islam panggil Tuhan Allah asalnya.
Cumanya di Malaysia, ia kadangkala jadi isu sebab ada orang yang apabila menyebut Allah, mereka bukan maksudkan Allah yang sebenar; mereka maksudkan yang lain. Itu saja yang dipertikaikan. Tapi kalau orang ditanya di Perlis, kita ada fatwa, boleh tak bukan Islam panggil Allah? Kalau dia kata, “Hari ini Tuhan Allah bagi hujan,” boleh tak? Boleh. Kita tak boleh kata, “Eh, kamu bukan Islam, jangan sebut Allah.” Tak ada. Kita tak ada masalah. Cuma dia tak boleh tulis Allah pada benda yang bukan sebenar Allah, itu saja.
Kalau dia kata, “Saya doa supaya Tuhan Allah bagi Datuk sembuh,” atau “Tuhan Allah bagi Datuk sihat,” kalau YB guna kata itu, tak ada masalah. Ha, sebenarnya tidak ada larangan dalam hal itu. Ha, terima kasih.
Di Sebalik Kalimah Syahadah
Baik, bermula menghimpunkan segala makna yang telah tersebut itu, iaitu kalimah “Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah.” Maka saudia bagi tiap-tiap Islam lelaki dan Islam perempuan berbanyak kali menyebut kalimah itu supaya tetap imannya kepada Allah dan kepada Rasulullah daripada dunia datang kepada akhirat. Amin ya rabbal alamin.
Segala perhimpunan ilmu tauhid, ilmu akidah, ilmu iktikad, ilmu iman, ilmu kepercayaan, semana mana mana kitab ulama-ulama daripada kalangan ahli sunnah wal jemaah tak kira tajuk apa sekalipun, kitab Arab ke kitab Jawi ke kitab orang putih ke, kalau dalam bab tauhid dalam bab akidah, kesemuanya tersimpul dalam dua kalimah syahadah sahaja.
Sebab tu besar kalimah syahadah ni, “Asyhadu an lailahaillallah wa asyhadu anna Muhammadur Rasulullah.” Dalam dua ni, kalau kita huraikan ada segala-galanya yang disebut di dalam kitab-kitab tauhid, beriman kepada malaikat, kepada hari akhirat, kepada kitab-kitab, kepada qada dan qadar, segala-galanya duduk dalam dua kalimah syahadah.