Sujud Sejadah Waktu Subuh Setiap Jumaat

Sujud Sejadah Waktu Subuh Setiap Jumaat

Bolehkah kita menggantikan surah lain daripada Surah Sajdah pada pagi Jumaat yang ada ayat untuk sujud?

Dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak ada gesaan khusus daripada Nabi untuk membaca surah yang ada sujud sajdah pada pagi Jumaat. Namun, dalam hadis yang sahih, iaitu hadis Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membaca pada waktu fajar hari Jumaat surah “Alif Lam Mim Tanzil” (Surah Sajdah) dan “Hal Ata Alal Insan” (Surah Al-Insan), seperti mana yang sering dibaca oleh imam-imam kita.

Maka, para ulama menyatakan bahawa pada pagi Subuh hari Jumaat, memang disunatkan membaca Surah Sajdah, iaitu “Alif Lam Mim Tanzil”, dan kemudian membaca “Hal Ata Alal Insan”. Ini adalah sunnah.

Sekiranya seseorang tidak membaca surah-surah tersebut dan memilih untuk membaca surah lain yang juga mempunyai ayat sujud, adakah ia digalakkan? Tidak, tidak digalakkan untuk sengaja mencari surah lain yang ada sujud pada pagi Jumaat. Imam As-Suyuti Rahimahullah ada menukilkan pendapat ulama yang mengatakan bahawa jika tidak membaca Surah Sajdah, carilah surah lain yang ada sujud. Namun, pendapat itu tidak disetujui oleh majoriti ulama. Bahkan, Imam Nawawi dalam karyanya menyatakan bahawa itu termasuk dalam bidaah, dan mazhab Syafie serta para ulama lain juga berpendapat demikian.

Solat Sunat Sebelum Jumaat

Solat Sunat Sebelum Jumaat

Secara zahirnya, tidak nampak berlaku, kerana pada zaman Nabi, azan hanya dikumandangkan sekali dan tidak mungkin untuk azan selepas itu. Sahabat semua bangun bersolat setelah azan, sedangkan Nabi membaca khutbahnya di luar daripada solat itu.

Namun demikian, kami yang ingin solat sebelum Jumaat juga perlu mengikuti panduan yang telah ditetapkan.

Yasin Malam Jumaat

Yasin Malam Jumaat

Macam kita kata, “Siapa yang buat sekian-sekian akan dapat markah lebih dalam peperiksaan,” kita kena tanya kawan yang kita beritahu itu, siapa yang bagi tahu? Pensyarah yang mengajar subjek itu atau tidak? Kalau kita tak percaya, bukan kita yang bagi markah, yang bagi markah adalah pensyarah.

Jadi, bila kita kata baca Yasin malam Jumaat ada khasiat lebih, kita kena tanya pemberi khasiat itu. Pemberi faedah atau fadilat siapa? Yang bagi fadilat ini Allah Subhanahuwataala. Jadi, kita kena tengok dalam Quran, ada tak disebut dalam Quran bahawa baca Yasin malam Jumaat ada khasiat lebih? Kalau tak ada, kita kena tengok dalam hadis, ada tak disebut dalam hadis? Kalau ada dalam hadis, barulah kita kata begitu. Jangan buat dakwaan tanpa asas.

Mati hari Jumaat diringankan azab kubur

Mati hari Jumaat diringankan azab kubur

Adakah ada Nas yang menyatakan bahwa orang yang meninggal pada hari Jumaat ada pengingatan daripada solat? Azab kubur ya, disebut juga oleh al-Hafiz bin Qayyim dalam mazhab al-maad.

Angkat tangan berdoa ketika khutbah Jumaat

Angkat tangan berdoa ketika khutbah Jumaat

Sebenarnya tak angkat. Tak ada yang suruh angkat. Ada kaum dalam sebahagian mazhab yang sebut angkat tapi tidak kuat hadis tu menunjukkan tak angkat. Khatib tidak angkat dan makmum juga sepatutnya tak angkat. Memadai dengan kata amin, amin, amin.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak