Mungkinkah Dr. Maza Juga Akan Dianggap Menderhaka?
Pada tahun 1915, ketika British mengerahkan tentera daripada negeri jajahannya di India dan Tanah Melayu untuk dihantar ke Palestin, ustaz Nur Alam di Indonesia berada di Singapura. Beliau mengingatkan kepada tentera-tentera yang terdiri daripada orang Islam yang bekerja dengan British, bahawa mereka semua tidak boleh pergi ke Palestin untuk berperang. Ini kerana perang tersebut adalah untuk merampas Palestin dan menyerahkannya kepada orang-orang British. Palestin adalah bumi Islam.
Akibat nasihat ustaz tersebut, hampir 1,000 orang di kalangan tentera yang beragama Islam, termasuk orang Melayu yang ketika itu berada di Singapura, enggan menyertai British. Mereka memberontak dalam peristiwa Dahari 1915. Akhirnya, British meminta bantuan tentera Sultan Johor untuk membunuh orang-orang Islam yang enggan menyertai tentera British dan berperang untuk merampas Palestin.
Sultan Melayu ketika itu tidak pernah merasa tanggungjawab terhadap bumi Islam. Oleh kerana British yang meminta bantuan dan menawarkan habuan yang pelbagai, mereka mengikuti arahan tersebut. Sehingga hari ini, kita sebagai orang Islam tidak pernah mengambil berat tentang bumi umat Islam. Hal ini menyebabkan ramai yang tidak takut untuk merampas bumi orang Islam di mana-mana sahaja.
Dalam konteks ini, Arab telah bersidang ribuan kali, menghabiskan puluhan juta wang untuk membayar sewa hotel bagi mesyuarat mereka. Namun, hasilnya tidak mencerminkan keprihatinan sebenar terhadap nasib umat Islam di seluruh dunia.