Pesan Mufti Perlis Kepada Yang Rasa Jemu Boikot

Pesan Mufti Perlis Kepada Yang Rasa Jemu Boikot

Alhamdulillah, Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbaik dalam memberi kesan kepada produk Israel dan produk-produk yang menyokong Israel. Dunia boleh melihat bagaimana bangsa Yahudi yang terlaknat ini, dengan bantuan Amerika, UK, dan kuasa-kuasa Barat lain, membunuh orang Islam secara beramai-ramai. Mereka menyediakan senjata, bom, dan pelbagai lagi untuk menyerang rakyat yang lemah.

Kita semua menyaksikan kezaliman ini, namun masih ada yang mengeluh, “Macam mana nak hidup kalau tak makan produk-produk tertentu ini? Saya dah lama tak makan yang itu, lama tak makan yang ini, rasa macam tak cukup vitamin.” Ada pula yang bimbang, “Kalau kita terus boikot, kesianlah kepada orang-orang yang bekerja di situ, nanti mereka macam mana?”

Namun, mereka ini tidak pernah memikirkan kesengsaraan umat Islam yang lain. Mereka tidak pernah terbayang dalam fikiran mereka apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW, bahawa umat Islam itu seumpama satu jasad. Jika satu anggota rasa sakit, seluruh anggota lain akan berjaga malam dan demam. Tapi mereka tidak merasakan hal ini.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak