Letakkan Landasan Yang Jelas Atas Keadilan Dalam Islam
Saya ingin mengambil titik tolak daripada isu ini kepada satu perkara yang lain, iaitu kempen kita. Kita tidak mendidik masyarakat hanya dengan hukum, tetapi kita membentuk masyarakat dengan akidah. Kita perlu menguatkan akidah, bukan hanya siasah. Setelah orang memahami akidah dan memahami Islam, maka ini mesti digerakkan oleh semua pendakwah Islam. Apabila kita kempen, kita terangkan apa itu akidah Islam.
Saya tidak bercakap tentang sama ada akidah Islam itu ayat sifat atau bukan ayat sifat. Saya membincangkan tentang syirik dan bukan syirik, dan tentang perasaan hamba dalam menerima hukum Allah Azza wa Jalla serta tanggungjawab hamba terhadap Allah. Kemudian, kita perlu memahami fiqh Islam. Setelah akidah, memahami keluasan fiqh Islam adalah penting.
Apabila hukum dilaksanakan dalam masyarakat yang benar-benar boleh berinteraksi dengan positif, maka ia akan memberikan penyelesaian. Namun, jika masyarakat yang hendak dilaksanakan itu tidak bersedia, maka ia akan menimbulkan masalah. Saya tidak tahu sama ada laporan antarabangsa ini benar atau tidak, tetapi dilaporkan bahawa orang pertama yang dikenakan hukuman potong tangan adalah seorang yang mencuri basikal kerana dia miskin. Dia dipujuk untuk mengaku supaya hukum potong tangan dilaksanakan. Apabila dipotong, dia dibayar dengan bayaran yang banyak, dan dia pun suka daripada mencuri. Ini menurut laporan mereka.
Kenapa Syiah Jelas Sesat Tak Dihapuskan
Syiah yang kafir tentang Saidina Ali pula bagaimana? Mereka tak terima kenabian Nabi Muhammad, tapi mereka nak Saidina Ali jadi nabi. Mereka buat dongeng nah, Jibril tersalah beri wahyu kepada Muhammad. Patut Wi ke Ali, Jibril jadi pening, mabuk ketum. Wi ke ke Ali, eh Wi ke Muhammad.