Hudud atas Non-Muslim dalam Negara Islam
Tuan-tuan, hukuman ini dilaksanakan untuk semua melainkan jika bangsa berkenaan mempunyai agama yang kukuh dan ada dalam nas agama mereka hukuman yang bersifat agama seperti zina. Tetapi kalau mencuri, hanya dihukum orang Islam, tidak dihukum orang lain. Oleh kerana komuniti berhak membuat keputusan sendiri, misalnya jika pihak kita didenda RM50 kerana mencuri, maka negara tidak boleh stabil.
Ini soal siasat syariat, soal politik pemerintah yang menghukumnya. Tetapi saya tak mahu bercakap soal hudud ini. Saya ingat kita, siapa nak bercakap bab hudud ni, kita dalam keadaan yang kondusif. Kita bercakap perkara ini apabila kita telah create environment yang mana pelaksanaannya tidak dipertikaikan.
Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam
Sekarang ramai orang ambil kesempatan. Dorang tak takut dengan kita. Kemudian, di kalangan orang Islam tu sendiri, kadang-kadang saya tahu ada berapa masalah tentang jenazah di Perlis. Kita putuskan tentang jenazah masuk dalam masalah jenazah ni, tapi benda ni hendaklah dibincang dengan cara yang elok, bukan mencabar isu-isu Islam itu.
Dan pihak orang Islam sendiri, bukan salah Islam, pihak pengurusan Islam tu sendiri mestilah kemas kini benda tu. Di Perlis, pandangan berbeza dalam hal ni meski fatwa mana. Jenazah yang confirm orang Islam memang orang Islamlah kan? Mana jenazah yang diragui statusnya, kan? Kalau ada kata Islam, nabi kata Islam, kita serahkan kepada keputusan orang yang tahu di kalangan keluarganya.
Rib’ie bin ‘Amir dalam Misi Islam
Sebab tu saya selalu ulangi, apabila Islam bertemu dengan Parsi, orang Parsi tidak faham kenapa orang Arab yang dahulunya sentiasa meminta bantuan daripada Parsi dan lemah, tiba-tiba apabila terkena dengan ajaran Muhammad, ia bergerak dan membentuk kerajaan serta ingin bertempur dengan Parsi. Pada pemikiran orang Parsi, barangkali orang Arab menghadapi krisis makanan ataupun sudah tidak cukup bekalan.
Sebab itu Rostam, panglima tentera Parsi, apabila berjumpa dengan orang Badwi yang dihantar oleh Saad bin Abi Waqqas untuk bertemu dengan Rostam dengan keadaan yang selekeh iaitu Ibrahim bin Amir, seorang sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ustaz bertanya kepada Ibrahim yang kelihatannya sangat kampung dengan bajunya yang buruk dan tidak memiliki serban, mengikat kepalanya dengan hanya tali dan kasutnya yang begitu compang-camping. Orangnya hanya selekeh, bukan orang kaya yang datang ingin memerangi Parsi.
Rostam tanya, “Apa yang kau nak?” Ibrahim memberikan satu jawapan yang jelas walaupun ia bukan keluaran universiti, tak ada masa, tidak ada PhD, tetapi ia mengambil makna dakwah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Ibrahim menyimpulkan kesemua tujuan kedatangan Islam menghadapi kerajaan-kerajaan dengan suatu lafaz yang jelas. Kata Ibrahim, “Ibt’athana Allah li nukhrija man sha’a min ‘ibadat al-‘ibad ila ‘ibadat Allah wahdah wa min jawr al-adyan ila ‘adl al-Islam wa min diq al-dunya ila sa’at al-dunya wa al-akhirah.”
Islam Membolehkan Perubatan Cara Islam
Saya tak nafikan tadi ada dalam Islam perubatan yang menggunakan ayat Quran. Apa saya tak nafikan ada, tapi itu bukan segala-galanya. Nabi jampi, bukan tak jampi, “Bismillah, arqiqullah yasfi munkuli dai”. Nabi jampi, tapi nabi juga menggunakan perubatan yang menggunakan bahan.
Sekarang ni ada orang bedah-bedah tak pakai doktor semua. Kan tak? Jap eh, tak, tak bedah ajaib, tak pakai ubat kebas, tak pakai apa. Sebenarnya, Eco Pancha pun dulu telah buat. Cina dah buat. Tapi you jangan namakan itulah perubatan Islam. Sebab saya jampi dulu, no. Nanti you bedah gagal, orang kait-kait dengan Islam. You kata ini salah satu daripada perubatan yang syarak izinkan atau tak apa.
Apa Hukum Makan Masakan Bukan Islam
Oi, jelas haram. Haram je makan. Cuma begini, tuan-tuan, apabila tuan-tuan yakin benda tu bercampur aduk haram ataupun keyakinan besar kita pergi ke kedai yang menghidangkan khinzir, maka keyakinan besar kita bekasnya masaknya bercampur dengan khinzir. Maka seorang Muslim mengelak haramnya makan mengelakkannya.
Namun, jika kita tak tahu bersih ataupun tidak, kita tak tahu boleh jadi bersih, boleh jadi tidak bersih, 50-50 kiranya bersih melainkan terbukti ia tidak bersih. Asalnya bersih. Tapi kalau seorang berkata, “Oh, saya hati-hatilah benda ni,” okey, you hati-hati itu baik, good for you. Tapi bukan suatu hukuman untuk diseragamkan untuk semua orang.
Kita pergi rumah seorang bukan Muslim, dia jamu kita perkara yang kita tahu tidak ada unsur haram. Dia bagi kepada kita air dari bekas, kita tahu bekas cawan dia, dia basuh dengan air, dia basuh dengan sabun, kita tak nampak kesan minyak apa-apa. Kita boleh minum dan makan dengan bekas berkenaan air yang dibelikan. Ada orang kata mesti nanti ada khinzir, kena basuh dengan air tanah. Ini adalah sebahagian daripada pandangan mazhab Syafie. Adapun sebahagian kalangan mazhab Syafie dan mazhab lain juga, seperti mana saya sebut masa lalu, Imam Nawawi tidak menganggap bahawa khinzir mesti dibasuh dengan air tanah, cukup dengan dihilangkan kesan-kesannya.
Islam Hadhari
Adapun Islam Hadhari ni hak baru kita ni, bukan nak rakyat politik. Hadhari Hadhari ni bahasa Arab je banyak maksud. Ada maksud moden, maksud tamadun, maksud bandar. Boleh tak nak. Ha, dia orang Arab ni kalau orang bandar dipanggil badawi eh, dia panggil Hadhari.
Mengapa Org Islam Suka Paksa Non-Muslim Masuk Islam
Kalau ada dengar mana-mana orang bukan Islam yang dipaksa masuk Islam, bagi tahu. Di Malaysia, saya rasa tak ada. Tidak boleh sama sekali paksa. Sebab tu kalau ada siapa aa cumanya, dia kata, “Okey, tak boleh paksa orang masuk Islam. Kalau ada orang paksa, salah.” Tapi kalau dia mahu kahwin dengan
Orang Murtad Masuk Islam Semula. Perlukah Qadha Puasa Ketika Tempoh Murtad Itu
Jumhur para ulama daripada Hanafiah, Syafi’iyah, dan Hambali berpendapat bahawa dia kena qada balik semasa zaman dia murtad itu. Dia kena qada. Itu pendapat jumhur para ulama dalam hal ini kerana dia yang buat pilihan murtad. Jadi, bila dia masuk Islam, jika tahun lepas dia murtad dan anggap puasa tak wajib
Kenapa Orang Islam Tak Suka Patung Sehingga Memecahkan Patung Tempat Ibadat Non Muslim
Okey, itu memang jelas. Tapi, boleh tak orang Islam pergi masuk dalam kuil orang dan pecahkan patung? Tak boleh. Itu hak orang lain, dia tak boleh campur hak orang lain. Saya tak suka, itu hal saya. Contohnya, orang tak minum arak, dia tak minumlah arak. Tapi dia tak boleh masuk rumah orang dan cari mana ada arak untuk dipecahkan.