Jangan Lakukan Perbuatan Ini Jika Anda Musafir Dan Solat Jamak Qasar Di Masjid

Jangan Lakukan Perbuatan Ini Jika Anda Musafir Dan Solat Jamak Qasar Di Masjid

Pertama, kita mampu untuk sembahyang dulu Maghrib tiga rakaat, kemudian ikut imam sembahyang Isyak. Itu lebih baik kerana mengikut tertib di sisi sebahagian ulama yang mengatakan pentingnya mengikut tertib waktu. Tetapi dalam mazhab Syafie, mereka mengutamakan waktu solat. Maksudnya, kalau sudah masuk waktu Isyak, sembahyang Isyaklah dulu. Itu pandangan mazhab Syafie. Jadi, kalau waktu Isyak, sembahyang Isyak dulu baru sembahyang Maghrib. Dalam mazhab Syafie, memang begitu. Mana-mana yang tuan-tuan buat, solat berkenaan tetap sah.

Yang tidak boleh, dia mai mai sembahyang berjemaah, tapi dia buat jemaah lain dulu sebelum jemaah yang betul, kemudian dia keluar. Itu tak boleh. Satu lagi, jika sekiranya dia duduk dalam masjid dan sudah sembahyang, kemudian orang azan, dia tak keluar. Dia sembahyang bersama imam, walaupun dia sudah sembahyang sebelumnya. Jadikan sembahyang itu sebagai sunat, dan ikutlah imam.

Lihat Keajaiban Istighfar

Lihat Keajaiban Istighfar

Bagi orang-orang yang, sesiapa saja yang melazimi qiamullail, melazimi tahajud, dia akan mengetahui nikmat tahajud. Allah suruh, seperti saya sebut, istighfar disuruh oleh Allah. Sentiasa kita beristighfar, tapi ada keistimewaan istighfar pada waktu tahajud. “Wabil ashari istighfar”.

Sebab itu, di kalangan para salaf, di kalangan mereka seperti Wakil bin Jarah umpamanya, apabila dia solat habis, dia baca Quran, dia berhenti. Habis tu, dia duduk dan beristighfar sehingga habis waktu. Istighfar tu sendiri besar fadilatnya. Memohon keampunan kepada Allah pada waktu biasa pun besar fadilatnya. Rezeki Allah bagi, beri kelapangan dalam hidup, dimudahkan urusan. Inikan pula istighfar pada waktu sahur.

Sesiapa yang melazimi istighfar 200, 500, 600, 700, seribu, sebanyak yang dia mampu, dia akan menikmati satu keajaiban, nikmat perasaan, ya, yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang beristighfar. Bertahajud dan beristighfar pada waktu-waktu itu dilapangkan dadanya.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak