Imam Parti Lain Makmum Parti Lain
Baik, hok ni ni dia kata, imam ni ataupun khatib yang jadi imam hari Jumaat atau khatib dia ni sokong tak sokong parti Islam. Ha, kita tengok cara mudah dengar baik ni, dengar baik ni kita orang UMNO ke orang PAS, dengar molek neh, ha dengar baik neh hadia kata imam ini imam sebelah sana, sokong pemerintah, sokong BN katakan. Nak jadi dia kata nak sembahyang, oleh kerana begitu nak sembahyang Jumaat tapi niat sembahyang Subuh, ha maknanya pura-pura saja, hukumnya tak boleh, tak boleh lagu tu deh.
Kerana menyokong pemimpin yang tidak menjalankan wuduk bukan kafir, faham baik hanya zalim sahaja, maka zalim kau waktu kat kafir. Sebab tu ulama-ulama jumhur ulama berkata boleh tok imam yang menyokong parti yang tidak islami, parti yang menganjurkan maksiat dan sebagainya, parti yang membenarkan konsert hiburan yang melampau macam sekarang. Imam-imam khatib yang menyokong mereka ini bukan kafir, fasik sahaja. Maka kalau imam fasik, orang beriman sah ikut sembahyang berjemaah. Faham tak lagi eh? Ha tak boleh niat mufarafah, nah tak boleh, boleh ikut dah.
Bid’ah Hasanah dan Imam Malik
Tuan-tuan tengok pada muka surat 21, saya sebutkan hadis berkenaan. Kemudian saya sebutkan hadis yang saya baca tadi. Kemudian cekup pada muka surat 22, kata-kata Imam Malik. Malik berkata: “Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik, maka dia telah mendakwa bahawa Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengkhianati risalah ini kerana Allah berfirman: ‘Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku.’ Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, kata Imam Malik, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini.”
Bid’ah Hasanah dan Imam al-Izz Abd Salam
Dan tuan-tuan, seorang lagi Imam al-Izz Abdul Salam. Tuan-tuan tengok muka surat 30, al-Izz Abdul Salam lagi canggih, membahagikan bidaah kepada lima: bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunat, bidaah makruh, dan bidaah yang diharuskan. Kalau kita pergi, mereka kata kita ini tak tahu. Ulama-ulama ini bahagi bidaah kepada lima. Mereka boleh satu, kita kata dak. Alhamdulillah kita baca dah apa yang mereka bagi. Kenapa dia bagi banyak sangat? Pasal tuan-tuan tengok muka surat 31, dia sendiri sebut bidaah tu apa.
Al-Izz Abdul Salam kata bidaah tu ialah perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasul. Kalau dia buat takrif dia macam tu, memanglah banyak. Jadi, dia kena bahagi banyak. Kalau dia buat takrif dia macam Imam Syafie tadi, tak banyaklah benda yang menyerupai syariah yang disandar kepada ugama. Yang ni dia kata, apa yang tak berlaku pada zaman Nabi, bidaah itu takrif dia. Kalau dia buat takrif macam tu, memang dia kena bahagi banyak. Pasal ada benda yang Nabi tak buat, memang banyaklah. Kereta pun Nabi tak buat. Jadi sebab tu dia bahagi lima.
Maka dengan itu, kita tengok apa kata dia. Cuba kita tengok muka surat 32, bagi bidaah wajib itu beberapa contoh. Salah satu daripadanya ialah menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dengannya difahami kitab Allah dan kalam Rasulullah. Ini kata al-Izz Abdul Salam, antara bidaah wajib ialah ilmu nahu. Tuan-tuan tadi kita dah baca dah kalam Imam Syafie. Imam Syafie kata ilmu nahu tak termasuk dalam bidaah kerana ia tak termasuk dalam takrif ni. Jadi kita tahu Imam al-Izz Abdul Salam yang bahagi lima tu, dia masuk buat sekolah, dia kata tu bidaah hasanah, bidaah wajib. Kita kata buat sekolah ni tak bidaahlah, benda tu disunatkan daripada awal lagi.
Imam Parti Lain Makmum Parti Lain
Maka kalau imam fasik, orang beriman sah ikut sembahyang berjemaah, faham tak lagi eh. Ha, tak boleh niat mufarakah, nah tak boleh. Boleh ikut dah kalau tak mahu ikut daripada awal kita gi sembahyang Jumaat kat lain, nak
Makmum Dilarang Membaca Sebarang al-Quran Ketika Solat Jemaah yang Imam Baca Surah. Adakah Bacaan Termasuk al-Fatihah?
Masalah ini khilaf di kalangan ulama. Dalam Musanaf Abdul Razak, ada hadis yang sahih yang Nabi kata, “Ilah Fatihah al-Kitab, jangan baca apa-apa melainkan Fatihah al-Kitab.” Nabi benar, Nabi kata Fatihah baca, cuma ada juga hadis yang kata tak baca. Jadi, berlaku ulama khilaf sebab tidak dapat ditargetkan