Ibnu Taimiyah Pada Pandangan Ibnu Hajar Asqalani
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, saya sebut Ibnu Hajar kerana Ibnu Hajar ini menjadi rujukan semua mazhab. Kitab beliau, **Syarah Sahih Bukhari**, dipakai oleh semua mazhab dan dia dianggap sebagai tokoh yang mana semua orang rujuk. Kata beliau, Ibnu Taimiyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan—ini terjemahan saya. Dia memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada.
Hari kematian Ibnu Taimiyah itu menjadi bukti apabila manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya. Orang Islam datang dari serata pelusuk, mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya pada hari itu. Mereka semua ingin memegang kerandanya sehingga patah kayunya. Keranda itu bukan seperti keranda kita, ia tempat letak jenazahnya. Sehinggalah Ibnu Hajar menyebut bahawa Ibnu Taimiyah adalah imam kepada semua para imam, keberkatan umat, dan sangat alim di kalangan ulama pewaris para anbiya. Beliau menggelarnya Syikhul Islam.
Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut ini dalam bukunya **Ad-Durar al-Kaaminah**, yang merupakan rujukan umat Islam seluruh dunia. Ibnu Taimiyah meninggal dunia dalam penjara di akhir hayatnya. Kehidupan beliau penuh dengan perjuangan ilmu dalam hampir semua bidang. Beliau bercakap tentang Syiah, akidah, fiqh, tasawuf—semua bidang, dan dalam semua bidang itu, beliau telah memberikan sumbangan yang hebat, terutama dalam bidang falsafah. Sehingga, kalau kita fikir, mustahil apa yang Ibnu Taimiyah tulis ini dibuat oleh seorang manusia.