Solat Hifzul Qur’an
Ha, ni kawan kita tanya tentang solat Hafizul Quran yang sering dilakukan di maahad-maahad tahfiz. Solat Hafizul Quran ni dengan bacaan-bacaan itu yang panjang lebar sebenarnya tidak sabit daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Sesiapa yang mahu perincian, dia boleh lihat apa yang disebut oleh Al-Imam Syauqani dalam masalah ini dan kitabnya “Tuhfatul Zakirin”. Ah, solat ini tidak sabit daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Bahkan, mereka membantah masalah solat ini. Ramai orang kata kalau buat macam tu maka hafallah Quran.