Bid’ah Hasanah dan Imam Malik
Tuan-tuan tengok pada muka surat 21, saya sebutkan hadis berkenaan. Kemudian saya sebutkan hadis yang saya baca tadi. Kemudian cekup pada muka surat 22, kata-kata Imam Malik. Malik berkata: “Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik, maka dia telah mendakwa bahawa Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengkhianati risalah ini kerana Allah berfirman: ‘Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku.’ Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, kata Imam Malik, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini.”
Ada Buku Mazhab Sebut Bid’ah Hasanah
Tuan-tuan tengok muka surat 24. Berkata Ibnu Rejab al-Hambali, ni Ibnu Rejab al-Hambali ni, kata dalam buku dia *Jamal al-Ulum wal-Hikam*, dia kata: “As-Syafi’i berkata, yakni al-Imam Syafi’i rahimahullahu Taala, imam yang besar, imam yang mulia, bidaah itu ada dua jenis, bidaah mahmudah dan bidaah mazmubah, yakni dipuji dan dikeji. Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji, apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.”
Ibnu Rejab teruskan lagi: “Maksud As-Syafi’i rahimahullah ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini, bahawa bidaah mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariah untuk dirujuk kepadanya. Inilah bidaah pada istilah syarak. Adapun bidaah mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah, iaitu apa yang ada baginya asal untuk dirujuk. Ini adalah bidaah dari segi bahasa, bukan dari segi syarak kerana ia menepati sunnah.”