Polis Buat Roadblock Tak Sembahyang
Sorang tu, saya tengok, ada satu penceramah yang cakap kuat. Dia pakai serban, saya tak tahu nama dia. Yang timbul kes sebab polis yang saman, saman bawa laju, haram makan duit haram, ataupun polis yang jaga buat roadblock semasa Jumaat, haram berdosa. Awak bukan bidang atau berkemahiran dalam hukum jalan raya.
Apa jadi kalau pada waktu Jumaat tak ada satu polis pun? Habis, macam-macam jenayah boleh berlaku. Sebab itu ada tugasan bergilir. Hatta tu untuk pergi sembahyang di Masjidil Haram pun masa waktu solat, bukan semua orang ada bahagian yang kena tengok kerana maslahah umum. Maka, diganti dengan solat Zohor kerana ada tuntutan yang tak boleh diabaikan.
Dia sebut, “Tak boleh disebut pakat haram hari tu.” Kalau ambil cukai selain daripada zakat, haram, aa, kacau negara ini. Kalau zakat saja, kita tak boleh hidup. Bukan siapa perintah; sama saja. Jangan keluarkan macam tu. Study hukum, study hukum. Mudah-mudahan Allah rahmati kita semua. InsyaAllah.
Mayat Yang Haram Di Sembahyang
Eh, kalau adalah kawasan Kuantan ni, kalau kita tahu hok mana hok belajar ilmu dak wajib sembahyang, tak wajib puasa, dak wajib ke Mekah, kena letak nama dia di masjid-masjid dan surau. Tujuannya supaya dia mati, kita tidak sembahyang mayat dia kerana haram sembahyang mayat yang murtad. Nampak kena sebar nama dia hak mengaji ilmu isi ni, hak kata dak wajib sembahyang, dak gi puasa, ambil nama alamat rumah mana-mana, bubuh di mana-mana masjid dan surau.
Kerana kalau kita gi sembahyang mayat dia, berdosa besar kita. Bukan kita nak hina dia, kita nak jaga kita takut tersembahyang mayat yang lebih hina daripada anjing kerana kata sembahyang tak wajib ni duduk dalam lubang api neraka dulu kini dan selamanya. Sama juga dengan orang-orang yang menolak kewajipan hukum wuduk, menolak kewajipan hukum kisah yang disebut dalam Quran dan hadis. Eh.
Bagaimana nak Lepaskan Duit Haram
Pertama, jangan main judi dulu. Ha ha ha. Tetapi kalau perkara tu telah ada, seperti aa interest bank dan seumpamanya, aa salurkan kepada mereka yang tidak ada kepentingan dengan kita. Boleh bagi kepada orang, nak buat jalan ke budak miskin. Ke bagi bukan harta kita, bukan hak. Beza pendapat dahulu, ada pendapat kata buang terus duit tu. Tak! Sekarang kata aa duit tu boleh untuk buat tandas je. Tak! You bagi duit tu bukan kepentingan you.
Misalnya, orang yang dia simpan dalam bank tertentu dan ada dia bagi interest yang tinggi. Misalnya, dia ada sampai 3,000, 4,000 sampai 10,000. Dia tanya kita bagi. Kalau bagi ke kita untuk urusan kebajikan umum, boleh juga. Termasuk boleh aa tidak pernah dikatakan disyaratkan makan. Yang penting mesti tak diberi benda yang ada kaitan dengan kepentingannya, seperti dia buat jalan untuk ke rumah sewa. Dia ha, tu tak payah. Ha itu, dia ada kepentingan dia ha, kerana dia nakal sikit ni setengah orang ni.