Anti Hadith Bukan Hanya Kassim Ahmad

Anti Hadith Bukan Hanya Kassim Ahmad

Kasim Ahmad bukanlah satu-satunya yang anti hadis, Kasim Ahmad tu tua dah, tapi anti hadis tu tetap ada. Kita juga akan ada orang yang mengkritik hadis, dan nanti akan ada lagi yang mengkritik Quran. Akan ada pula yang mungkin at least, atau tak at least, mungkin agnostik, yang tak pasti Tuhan wujud. Macam-macam ada.

Ke setiap kali golongan agama kata ban, tangkap, pen tangkap, macam kita takut sangat dengan Bible dalam bahasa Melayu, takut anak Melayu terbaca dan masuk Kristian. Berpuluh tahun baca Quran, tak kuat agama, sekali terbaca Bible terus masuk Kristian? Saya bukan sokong Bible dalam bahasa Melayu, tak, tapi sikap yang seperti ini tak menjamin apa-apa. Habis tu orang pergi ke internet, Bible dalam semua bahasa ada, nak haramkan Bible di internet? Boleh buat macam jiranlah, takut pula anak-anak kita pandai bahasa Inggeris, terbaca pula Bible dalam bahasa Inggeris, haram pula kita bahasa Inggeris? Kita tak selesai masalah ni kalau macam tu.

Kita mesti bangun dan jawab secara intelektual, discuss. Jadi, kita cuba buatlah benda-benda yang hak merepek merepek tu, tak payah lah. Kalau semua orang nak jawab apa hak mengaku jadi nabi, Ayah Pin tak payah beloklah, Ayah Pin tu bengong sangat kan? Aduh, takkanlah Tuhan buat teko macam tu? Ha ha, nak sabar, ha ha, tu bodoh sangat.

Adakah Sifat Allah Hanya 20 Sahaja?

Adakah Sifat Allah Hanya 20 Sahaja?

Ahli-ahli perbahasan ilmu tauhid dalam sejarahnya, mereka semua orang nak mentauhidkan Allah.

Namun, apabila zaman berkembang, kadangkala orang Islam menghadapi berbagai keadaan. Sebahagian keadaan kadangkala disebabkan oleh perbezaan dalam masalah lain, kemudian membawa kepada masalah lain, membentuk menjadi mazhab, dan mazhab itu cuba berdiri dengan sendirinya. Lalu, mereka membentuk pemikiran-pemikiran tauhid atau pendekatan-pendekatan tauhid yang tersendiri.

Seperti Syiah umpamanya, Syiah adalah mazhab politik tetapi apabila mereka bersaing, akhirnya mereka telah membentuk menjadi satu mazhab sehingga membabitkan masalah akidah. Asalnya mereka daripada masalah imamah, masalah imam. Kemudian, akhirnya mereka bertukar kepada menjadikan sehingga membincangkan masalah uluhiah atau ilahiyah, masalah ketauhidan, dan nubuah serta seumpamanya.

Kemudian, dunia Islam berkembang dengan masuknya terjemahan-terjemahan daripada buku-buku Greek dan Yunan. Sekali lagi, dunia Islam tercabar dengan pemikiran falsafah ketika itu, membawa kepada berbagai krisis sehingga Imam Ahmad dihukum kerana muktazilah masuk dalam dunia orang Islam. Lalu, dalam menghadapi muktazilah, reaksi untuk hadapi muktazilah itu berkembang pula aliran-aliran lain, termasuklah Asyairah, Maturidiah, dan seumpamanya.

Hanya Satu Pertiga Boleh Wasiat

Hanya Satu Pertiga Boleh Wasiat

Hadis ini juga menunjukkan bahawa kita boleh mewasiatkan harta kita sebanyak 1/3 daripada keseluruhan harta kita apabila kita hendak mati. Baki 2/3 perlu diserahkan sebagai pusaka yang akan diwarisi oleh anak-anak kita. Namun, terdapat kesalahan dalam memahami perkara ini oleh sesetengah orang. Ada yang berpendapat bahawa mereka boleh mewasiatkan keseluruhan harta mereka untuk tujuan sedekah atau amal. Contohnya, seseorang mungkin berkata, “Kereta saya ini, saya nak tinggalkan, ada setengah juta, atau 12,000,000, ambil separuh daripadanya dan buat sedekah.” Ini adalah salah. Hanya 1/3 daripada harta yang boleh diwasiatkan, manakala baki 2/3 adalah untuk pusaka.

Sekiranya seseorang memberi semua hartanya untuk sedekah atau amal, ini tidak dibenarkan dalam Islam. Nabi tidak mengajar cara seperti itu. Amalan lain seperti kenduri tahlil juga tidak termasuk dalam amalan wasiat harta. Jadi, penting untuk memahami batasan yang telah ditetapkan dalam agama mengenai wasiat dan pusaka ini.

Hanya Tuhan Boleh Sebut Nama Tuhan

Hanya Tuhan Boleh Sebut Nama Tuhan

Apa benda soalan ni? Dia kata hanya Allah boleh menyebut nama Allah, hanya Allah boleh menghambakan diri pada Allah. Jelaskan maksud dan dalil ini. Ini bukan dalil, ini bukan maksud. Tidak ada ayat Quran, bukan hadis. Ini perkataan manusia. Tidak ada kesalahan dan tidak betul kita kata hanya Allah boleh sebut nama Allah. Ini salah. Ramai orang pegang gini, hanya Allah boleh sebut nama Allah.

Ini salah. Kita ni boleh menyebut nama Allah, bahkan disuruh sebut nama Allah. Tidak ada sebarang ayat dalam Quran, dalam hadis, ataupun sahabat mengatakan hanya Allah boleh sebut nama Allah. Ini perkataan manusia saja. Bahkan Allah suruh kita sebut nama Allah.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak