Ada Orang Berhujah Tentang Halalnya Menyanyi
Saya teringat ada orang bercerita yang ingin berhujah tentang halalnya menyanyi. Katanya, tak apalah menyanyi tu, boleh cari dalil lainlah, tetapi dia ni guna dalil yang tak betul. Dia berkata, cukuplah untuk membuktikan menyanyi itu boleh kerana Nabi sendiri memberi nama anaknya Ummu Kalsum, seperti penyanyi Mesir, Ummu Kalsum.
Baru 2-3 hari ni, yang Nabi zaman dulu sama dengan cerita ni, tak tahu tarikh yang mana dulu dan yang mana kemudian. Kemudian, takkanlah Nabi bubuh nama anak ikut nama penyanyi? Kadang-kadang, sebab itu manusia perlu belajar sejarah, kena belajar tentang tahun. Kita tak boleh cerita, misalnya, Alfonso De Alburque pun tiru Tok Wan aku. Jadi, kita kena tahu sejarah, yang mana dulu dan yang mana kemudian.
Kalau tak, jadilah macam sebahagian orang Malaysia yang pergi Mesir ditipu oleh orang yang suruh pergi cium tapak kaki yang ada di kubur Imam Syafie. Kononnya itu tapak kaki Nabi menziarahi kubur Imam Syafie. Imam Syafie lahir 150 tahun kemudian dan meninggal pada tahun 204 Hijrah. Takkanlah Imam Syafie mati dulu sebelum Nabi?