Hadith Larangan Jadikan Binatang Sasaran
Jadi bila Ibnu Amal dia orang tengok Ibnu Amal, mereka berpecah. Larilah budak muda, kata Ibnu Amal, manfaatlah. Siapa yang buat benda ni, Allah melaknat. Siapa yang buat hal ni, kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat. Sesiapa yang menjadikan makhluk yang ada roh sebagai sasaran untuk panah penyiksaan, sekarang bukan burunglah.
Tuan-tuan tengok di mana negeri mana dia jadikan apa lembu-lembu ha Sepanyol spin. Haram perbuatan dalam Islam, tak boleh kalau orang Islam buat. Diorang kata teoris apa, kalau dia buat, dia jadikan itu pecara tahunan keluar dalam media dia tak tak tak dak ulas pula dalam Islam. Haram menjadikan binatang hidup itu sebagai sasaran.
Yang seperti itu diharamkan oleh Allah. Bahkan, Rasulullah melaknat. Aa, perbuatan yang seperti itu
Amaran Nabi Akan Wujudnya Hadith Palsu
Hadirin Mukminin sekalian, bila hal ini berlaku dan Rasulullah tahu hal ini akan berlaku, baginda mengingatkan beberapa hadis yang penting, antaranya hadis yang mu’khawatir yang disebut oleh Ibnu Salah. Ibnu Salah ni ahli yang menulis tentang ilmu hadis, kitabnya terkenal dengan “Ulumul Hadis”. Oleh Ibnu Salah, tak ramai lagi penulis bukan Ibnu Salah seorang tetapi Ibnu Salah menyebut sebagai mu’khawatir, di mana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut: “Man kazaba ‘alayya muta’am midan falyatabawwa maq’adahu min an-Nar.” Siapa yang bohong atau dusta kepada aku dengan sengaja, siap tempat duduknya dalam neraka.
Kalau riwayat lain, baginda menyebut: “Inna qari’ bi bani ‘Aliya la yisa khalifatan ‘ala ahad.” Siapa yang bohong kepada aku, tak sama ngan bohong pada orang lain, siapa yang bohong kepada aku, maka siap tempat duduknya dalam neraka.
Bahkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut tentang akhir zaman, bagaimana akan datang Dajal, “Nun al-khozab”, dan ahli Muslim yakni, “Yakti yaktu nakumbiah hadis”. Malam tasma antum wa la aba hukum akan datang nanti pada akhir zaman, pendusta yang bawa hadis, “Kamu tak pernah dengar, mak bapak kamu tak pernah dengar hadis tu.” Faiz Yaakob, “Waiya home kamu, hati-hati dengan mereka,” kata Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Reaksi Sahabat bila Aisyah Kritik Hadith
Reaksi sahabat yang lain, apabila Aisyah mengkritik hadis-hadis ini, mereka jawab. Aisyah, kadang-kadang, kata perkataan “bohong” bukan bermaksud dusta, tetapi maksudnya karutlah. Orang kata lain, korang faham lain.
Tapi mereka tahu dia kritik Abu Hurairah. Tapi hadis tu sebahagiannya bukan Abu Hurairah saja, riwayat orang lain juga. Banyak benda yang dikritik, ini menunjukkan Islam ni memberikan keluasan dalam hal-hal yang seperti ini. Dia bukan anti hadis, tapi dia rasa kau orang dengar silap pasal aku isteri nabi, aku tak dengar pun dia cakap itu alasannya.
Tetapi Aisyah tidak boleh buat andaian itu kerana Rasulullah juga ada masa keluar daripada rumah dan bercakap. Kita perlukan ustazah-ustazah yang tajam seperti ini. Ha ha, hmm.
Hadith tentang Kelebihan Bulan Rejab
Tidak ada hadis tentang khusus tentang Rejab ini melainkan kita disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, dan Rejab termasuk dalam bulan-bulan haram. Membanyakkan puasa hadis puasa tiga bulan berturut-turut itu tidak ada. Tidak ada mana-mana petunjuk mengenai hal itu. Membanyakkan puasa pada bulan haram telah digalakkan. Hadis tentang apa nama solat khusus pada bulan Rejab juga tidak ada. Jumaat yang pertama disolatkan ini tidak ada. Jadi, aa hadis ni palsu dan ia telah disebut kepalsuannya oleh berbagai ulama hadis sehingga Al-Imam Munawi menyebut Allah Taala melaknat orang yang mereka hadir berkenaan.
Baru ni ada seorang perempuan, dia hantar e-mel kat saya. Dia mengaku jadi rasul. Tuan-tuan tahu tak nama dia? Maryam Kelantan. Saya ingat kesian kat dia, tapi dia ni, saya ingat pasal dia tengok jawatan lain. Ramai orang berebut nak jadi presiden pun, nak kena dapat berapa sokongan bahagian. Jadi, dia ingat jadi rasul tak payah sokong, dia sendiri jadi.
Khatib, TV dan Hadith Palsu
Di Perlis, kita suruh baca khutbah kerajaan bukan kerana apa, tetapi kerana taktik itu. Jika khatib tidak tahu sangat tentang hadis yang dia sebut, lebih baik kita suruh dia baca khutbah yang telah disediakan. Apa lagi jika dia mengambil hadis yang tidak sahih dan menyebarkannya. Kita lihat juga bagaimana ustaz-ustaz di TV3 meriwayatkan hadis dalam keadaan yang tidak sahih.
Berapa banyak ustaz di TV3 pun meriwayatkan hadis yang tidak sahih, seperti hadis tentang Ramadan, Syaaban, dan Rejab yang sering disebarkan. Hadis seperti “Rejab bulan Allah, Syaaban bulan aku, Ramadan bulan umatku” adalah tidak sahih. Oleh itu, penting untuk merujuk kepada ahli hadis yang dapat menilai dan menghukum kesahihan hadis-hadis ini.
Hadith Minda Mufti
Sesiapa yang dunia itu menjadi perkara yang paling difikir olehnya, benda yang paling dia susah hati, Allah jadikan kefakiran itu di antara dua matanya. Walaupun kaya, dia sentiasa runsing tentang kehilangan harta, kehilangan jawatan, kehilangan kedudukan, kehilangan elaun, bimbang orang tidak melantik, dan kontrak tidak disambung. Allah jadikan kemiskinannya dan kefakirannya berada antara dua matanya.
Saidina Abu Bakar Tidak Tahu Semua Hadith
Kerana dia tahu, kata Ibnu Taimiyah Rahimahullah dalam menghuraikan masalah ini dalam kitabnya *Raf’ al-Malam ‘an al-A’immat al-A’lam*, kata dia, kalaulah orang yang sebesar dan sehebat Abu Bakar ada juga hadis yang terlepas daripadanya, tidak mustahillah untuk orang-orang alim lain juga ada hadis yang mereka tidak tahu.
Umar bin Khattab dalam riwayatnya menganggap kalau orang itu berjunub dan nak kena tayamum, dia kena bergolek atas pasir. Walaupun Amar memberitahu riwayat itu kepada Umar, pada awalnya Umar tidak menerima riwayat Amar. Dia sangka Amar salah faham.
Hadith Berbeza Keadaannya dengan al-Quran
Berbeza dengan hadis-hadis, yang sangat banyak, maka apabila seperti mana yang kita tahu, pada peringkat awal para sahabat amanah terhadap hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Namun, apabila berlaku perpecahan dan perbalahan, ada sahaja orang yang nak mempertahankan hujahnya