Adakah Ada Hadith Untuk Solat Dirumah Melainkan Solat Fardhu

Adakah Ada Hadith Untuk Solat Dirumah Melainkan Solat Fardhu

Okey, ada hadis Nabi yang melarang kita daripada menjadikan rumah kita sebagai kubur. Nabi menyuruh kita solat di rumah, jadi kita sepatutnya memperuntukkan solat sunat di rumah.

Sebenarnya, setiap orang patut ada tempat yang khas di rumahnya untuk dia solat. Macam, kadang-kadang tanda tempat itu, sebahagian para ulama menyebutnya sebagai musala ataupun masjid rumah, atau musala rumah kita. Kita tengok dalam hadis Anas, bila Nabi ziarah sahabat, sahabat akan tunjuk tempat yang selalu dia sembahyang, dan Nabi akan sembahyang di situ sebab sahabat pun akan sembahyang di situ.

Jadi, rumah kita patutnya ada satu tempat yang khas untuk kita solat di situ. Bukan solat di sana sini, anak kencing sini, solat sana pula. Tak salah, tapi ini tanda kita ikhtiar untuk sesuatu yang besar, iaitu solat. Maka, kita tahu ruang ini adalah ruang solat kita. Bukan bermaksud bila ruang solat, orang tak boleh duduk, tapi bila kita nak solat, kita duduk di situ, dan kita akan rasa satu perasaan yang berbeza. InsyaAllah, kita akan tahu bila tempat itu memang tempat kita solat.

Hadith Khasiat Cuka

Hadith Khasiat Cuka

Kau ni, ni karut internet ni, duduk mari hadis merepek. Repair ini khasiat cuka disebut dalam hadis. Tidak fakir sesiapa yang ada cuka di rumah.

Tuan-tuan tahu, ramai pemotong penoreh getah miskin. Okey, cuka getah adalah cuka, dia maksud saya tahulah. Cuka ini maksud hal-hal, orang panggil hal-hal ni cuka makan. Nabi ada cerita Nabi makan hal itu, tapi khasiat hal semua ni tak ada. Ada cuka di rumah, jadi tak pakai tak ada hadis la giat mansibaiti hitam laji’ala.

Siapa yang ada pada rumahnya al-Quran dan mangkuk, siapa yang ada di rumahnya tamar, dia tidak akan kelaparan. Lebih kurang begitu hadisnya, tapi mungkin makmum dia begitu. Tidak ada kelaparan orang yang ada tamar. Bukan maksud bila ada tamar tu, bila ada tamar masuk rumah tu kenyang.

Nabi bercakap dalam konteks. Maksudnya dalam konteks Malaysia, rumah kalau ada beras tak lapar. Nabi cakap dalam konteks Madinah.

Anti Hadith Bukan Hanya Kassim Ahmad

Anti Hadith Bukan Hanya Kassim Ahmad

Kasim Ahmad bukanlah satu-satunya yang anti hadis, Kasim Ahmad tu tua dah, tapi anti hadis tu tetap ada. Kita juga akan ada orang yang mengkritik hadis, dan nanti akan ada lagi yang mengkritik Quran. Akan ada pula yang mungkin at least, atau tak at least, mungkin agnostik, yang tak pasti Tuhan wujud. Macam-macam ada.

Ke setiap kali golongan agama kata ban, tangkap, pen tangkap, macam kita takut sangat dengan Bible dalam bahasa Melayu, takut anak Melayu terbaca dan masuk Kristian. Berpuluh tahun baca Quran, tak kuat agama, sekali terbaca Bible terus masuk Kristian? Saya bukan sokong Bible dalam bahasa Melayu, tak, tapi sikap yang seperti ini tak menjamin apa-apa. Habis tu orang pergi ke internet, Bible dalam semua bahasa ada, nak haramkan Bible di internet? Boleh buat macam jiranlah, takut pula anak-anak kita pandai bahasa Inggeris, terbaca pula Bible dalam bahasa Inggeris, haram pula kita bahasa Inggeris? Kita tak selesai masalah ni kalau macam tu.

Kita mesti bangun dan jawab secara intelektual, discuss. Jadi, kita cuba buatlah benda-benda yang hak merepek merepek tu, tak payah lah. Kalau semua orang nak jawab apa hak mengaku jadi nabi, Ayah Pin tak payah beloklah, Ayah Pin tu bengong sangat kan? Aduh, takkanlah Tuhan buat teko macam tu? Ha ha, nak sabar, ha ha, tu bodoh sangat.

Perbezaan Antara Hadith Ahad Sahih

Perbezaan Antara Hadith Ahad Sahih

Hadis Ahad merujuk kepada hadis yang tidak mencapai darjat Mutawatir. Darjat Mutawatir adalah darjat di mana para pengkaji hadis, khususnya ahli hadis, membuat keputusan bahawa jumlah para periwayatnya adalah cukup banyak sehingga mustahil untuk mereka berpakat melakukan pembohongan terhadap Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Ini bermakna, jumlah periwayat yang banyak dari pelbagai negeri, seperti Khurasan, Kufah, dan Basrah, serta dari lapisan sanad yang berbeza, mengeluarkan hadis yang sama, membuatkan mustahil bagi mereka untuk berpakat mengeluarkan hadis palsu.

Pada zaman dahulu, tidak ada teknologi seperti SMS atau e-mel yang memudahkan komunikasi. Jadi, untuk berpakat dalam pembohongan hadis adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Hadis yang mencapai darjat Mutawatir adalah hadis yang diterima oleh ramai periwayat dari setiap lapisan sanad dan dari pelbagai zaman, sehingga memastikan keautentikan dan kesahihannya.

Isu Hadith Dalam Terekat

Isu Hadith Dalam Terekat

Kalau kita tanya mereka, mereka akan kata hat wali mana tengok segala ilmu, segala ilmu para ulama yang mengembara, ulama-ulama pengumpul hadis ni yang tapis hadis. Al-Bukhari tu lebih daripada bapa wali lagi. Tapi mereka kira wali hat dia kenallah, yang pegang tasbih besar bubuh di tengkuk dia. Itu wali juga, hat bubuh tasbih penuh masjid surau, hat sampai penuh surau kira tu ha, wali besar juga.

Imam Ahmad zahir pada mereka itu karomah. Bukan syarat wali tu kena nampak karomah, tapi zahir karomah pada Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, dan imam-imam hadis. Mereka itu telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk menemui perawi hadis dan mengetahui jalur sanad bagi hadis yang mereka ambil. Mereka tak letak hadis saja dalam kitab mereka; mereka letak juga sanad supaya kita dapat mengetahui daripada siapa mereka ambil dan bagaimana kedudukan hadis itu.

Hadith Larangan Tidur Selepas Subuh

Hadith Larangan Tidur Selepas Subuh

Betulkah ada larangan dalam hadis tentang tidur selepas Subuh? Secara umum, saya wallahualam tidak berjumpa hadis yang melarang tidur selepas Subuh, atau hadis yang menyatakan larangan tidur pada waktu Asar. Hadis-hadis yang ada mengenai tidur selepas Subuh tidak kuat.

Namun, Nabi SAW menyuruh supaya seseorang itu bersegera dalam melakukan amal, dan banyak hadis yang menekankan kepentingan melakukan sesuatu dengan segera. Tetapi, dalam konteks kehidupan seseorang, mungkin dia bekerja malam dan tidur selepas Subuh sebagai ganti waktu tidur malam. Ini adalah berdasarkan keperluan individu, seperti seorang yang bekerja malam dan perlu tidur pada waktu pagi.

Agama Islam itu luas dan fleksibel dalam urusan kehidupan. Seseorang boleh mengatur kehidupan mereka berdasarkan keperluan selagi mana ia tidak menyanggahi al-Qur’an dan Sunnah. Allah Subhanahuwataala tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Terima kasih banyak, tuan-tuan. Saya minta maaf kerana tidak ada persediaan yang lebih baik.

Hadith Qudsi Ada Yang Palsu

Hadith Qudsi Ada Yang Palsu

Adakah hadis qudsi yang tak sahih ataupun palsu? Ada, sebab orang dakwah kata Nabi kata, Nabi tak kata. Kerana hadis ni sama je, mana-mana saja dia kena ikut proses ilmu hadis. Sebab orang kadang-kadang bila hadis ini seperti mana yang saya sebut pada tuan-tuan dalam kuliah-kuliah yang awal, tuan-tuan boleh dengar kuliah-kuliah yang awal. Hadis ni apabila Quran, alhamdulillah Allah Ta’ala pelihara, orang tak boleh nak reka-reka Quran. Tapi bila sampai tang hadis, baca Quran dah tetap, semua orang pakai hak. Tapi bila sampai tang hadis, dia banyak ada orang amanah tapi ada orang tak amanah, dia jahat.

Bila dia bertengkar, orang tak boleh nak pi dah, kalah. Rasulullah dia kata, kata Rasulullah. Dia sandar pi ke Nabi, jadilah hadis palsu. Maka itulah peranan ulama hadis, menafkahi antara hadis yang sahih dengan hadis yang tidak sahih.

Rehlah fi Thalabul Hadith

Rehlah fi Thalabul Hadith

Zaman kemudian, ulama walaupun tidak sehebat ulama yang dulu, tetapi kemungkinan pengumpulan hadis itu banyak. Jadi, kitab Imam Malik ada, kitab Imam Syafi’i ada, semua kita ada. Maka orang nak buat andaian, nak buat kesimpulan tu lebih mudah.

Imam Malik, umpamanya, Imam Syafi’i umpamanya, dia menyatakan kitab yang paling sahih atas muka bumi ialah Muwatta’ kerana pada zaman dia tidak ada lagi Sahih Bukhari, belum ada lagi Sahih Muslim. Kerana zaman itu masih awal, al-Bukhari masih belum mengumpulkan sahihnya.

Hadith Tentang Mulakan Sunnah Yang Baik

Hadith Tentang Mulakan Sunnah Yang Baik

Nabi berkata, “Man sanna fil Islam sunnatan hasanah,” yang bermaksud siapa yang memulakan dalam Islam satu sunnah yang baik. Sunnah yang baik itu bukan merujuk pada perkara yang tidak ada, tetapi pada perkara yang Nabi telah ajar tetapi belum dilakukan oleh orang ramai. Contohnya, orang mati, patutnya keluarga yang tak mati menghantar makanan kepada keluarga si mati. Tapi dalam kampung kita, tok lebai masih pergi ke rumah si mati untuk makan sedangkan benda itu dilarang oleh hadis Nabi. Nabi menyuruh kita menyediakan makanan untuk kaum keluarga Jaafar yang telah meninggal.

Nabi berkata kepada sahabat-sahabat untuk menghantar makanan kepada keluarga Jaafar. Keluarga mereka dalam kesusahan. Namun, kita sering kali pergi ke rumah si mati, makan makanan di sana, sedangkan Jalil bin Abdillah al-Bajali berkata, “Kami menganggap berhimpun di rumah si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam meratapi kematian,” yang dilarang dalam Islam.

Di kampung kita, jika orang tak buat, kita yang mula buat. Jika ada orang mati, kita hantar makanan. Itu adalah sunnah Nabi. Bila kita memulakan perkara yang baik yang Nabi telah ajar tetapi orang tak buat, maka itu adalah sunnah hasanah.

Hadith Mu’allaq

Hadith Mu’allaq

Hadis yang seperti ini dinamakan dengan hadis mualaq, hadis Muhammad, iaitu al-Bukhari mendatangkannya tanpa mendatangkan sanad. Sedangkan adalah menjadi tuntutan untuk al-Bukhari mendatangkan sanad. Maka apabila al-Bukhari tidak mendatangkan sanadnya, maka hendaklah kita ketahui, ia tidak termasuk dalam hadis Sahih Bukhari. Hadis-hadis yang tersenarai yang dimaksudkan dengan hadis-hadis sahih di dalam Bukhari ini, walaupun kebanyakan hadis mualaf ni sahih, cuma dari segi bilangan, dia tidak termasuk dalam Bukhari jadikan dalil hadis yang kita baca, “Sekasih-kasih agama di sisi Allah,” yang Bukhari jadikan dia sebagai tajuk al-hanifi, iaitu sahih ini diriwayatkan oleh Bukhari juga.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak