Adakah Ada Hadith Untuk Solat Dirumah Melainkan Solat Fardhu
Okey, ada hadis Nabi yang melarang kita daripada menjadikan rumah kita sebagai kubur. Nabi menyuruh kita solat di rumah, jadi kita sepatutnya memperuntukkan solat sunat di rumah.
Sebenarnya, setiap orang patut ada tempat yang khas di rumahnya untuk dia solat. Macam, kadang-kadang tanda tempat itu, sebahagian para ulama menyebutnya sebagai musala ataupun masjid rumah, atau musala rumah kita. Kita tengok dalam hadis Anas, bila Nabi ziarah sahabat, sahabat akan tunjuk tempat yang selalu dia sembahyang, dan Nabi akan sembahyang di situ sebab sahabat pun akan sembahyang di situ.
Jadi, rumah kita patutnya ada satu tempat yang khas untuk kita solat di situ. Bukan solat di sana sini, anak kencing sini, solat sana pula. Tak salah, tapi ini tanda kita ikhtiar untuk sesuatu yang besar, iaitu solat. Maka, kita tahu ruang ini adalah ruang solat kita. Bukan bermaksud bila ruang solat, orang tak boleh duduk, tapi bila kita nak solat, kita duduk di situ, dan kita akan rasa satu perasaan yang berbeza. InsyaAllah, kita akan tahu bila tempat itu memang tempat kita solat.
Waktu Mula Dan Tamat Solat-Solat Fardhu
Waktu Zohor ialah apabila matahari beranjak, beredar dari tengah-tengah langit. Ini dipanggil gelincir matahari, dan itulah permulaan waktu Zohor. Bila bayang yang baru itu sama panjang dengan kita yang berdiri atau barang yang ditegakkan, maka bermulalah waktu Asar.
Dia menyebut, “Kanazilur rajuli katolihi malam yahdur waktul Asri,” yang bermaksud selagi mana tidak hadirnya waktu Asar, panjang bayang itu hanya sampai setakat itu. Apabila bayang lebih panjang, itu menandakan masuknya waktu Asar.
Waktu Asar pula, selagi mana matahari belum menjadi kuning, selagi itu waktu Asar masih ada. Maksudnya, apabila matahari sudah kuning, hampir jatuh, maka berhentilah solat. Ketika itu, Nabi melarang solat kerana ia adalah waktu antara dua tanduk syaitan. Jangan tunggu waktu Asar hampir masuk Maghrib; ketika matahari sudah kuning di langit, sudah tidak boleh solat lagi.